ahlan wa sahlan

perhatian

blog ini masih lagi dalam proses baik pulih.
maaf atas segala kesulitan.
harpa maklum.

Sunday, February 28, 2010

Album kenangan



hari ini aku membelek belek album gambar...

gambar yang lama lama aku letak dalam album baru...
dari situ aku dapat katakan bahawa..

hidup ini terlalu pantas...

dari aku kecik..hinggalah sekarang...

macam baru semalam je semua tu berlaku...


bila tengak gambar lama lama ni rasa kelakar pun ada...

ye la...zaman kecik kecik dulu...
setiap perjalan hidup di belek satu persatu...

ada yang telah pergi...


macam baru semalam je kau bersama kami...


nanti bila aku panjang umur..

pasti aku akan belek lagi...

dan masa tu mungkin aku tunjuk kat anak anak...
dan mugkin masa tu makin ramai yang pergi...

waktu itu mungkin aku dapat rasa..

betapa singkatnya hidup kita....


kalau sempat dan aku belum nyanyuk...

pasti aku akan kenang kembali...

saat indah aku sekarang...
saat indah ada orang tersayang di sisi...

kerana mungkin masa tu mereka dah tak ada lagi...


Berwaspadalah

hari ini....celik je mata semua dah tersedia...
nak makan mudah..ada makanan segera...

semua keperluan hidup lengkap sempurna...


tapi kadang kadang dalam berhati hati kita...
masih lagi kita terlepas pandang...

banyak makan yang kita makan seharian belum terjamin halal..
walaupun terang terang ada logo halal...

rasanya kita masih tak lupa..

tentang sosej yang di campur dengan binatang yang haram...najis...
lupakah kita tentang ubat gigi yang mengandungi benda haram..

ingatkah kita tentang makanan yang mengandungi lemak binatang haram...
makanan ringan..air soya...sabun..
ayam yang tidak di sembelih dengan cara betul...
enakkah kita memakan bangkai?
berselerakah kita memakan sebahagia daripada binatang haram?


binatang haram - babi aka khinzik


tapi yang peliknya..
semua tu kita hadap hari hari...

kita makan..minum..guna..pakai...
mengapa pihak tertentu terlepas pangang?
atau memang tidak membuat pemeriksaan?

itulah kelemahan kita...
kita menerima pakai produk terus dari luar...
kadang kadang ada yang terang terang barang tu tak halal..
ada jugak yang mengelirukan kita...

contohnya...pada bahan bahan makanan...
tidak di tulis sebarang bahan yang meragukan...


tapi bila di siasat dan di kaji..

terbukti mengandungi benda haram...
kalau di hitung dan di kira...
mungkin dah seekor babi di dalam badan kita...
hari hari makan benda haram...
hari hari makan bintang haram....

sikit sikit lama lama jadi banyak - seekor babi


kesannya....darah daging kita bercampur yang haram....
diri menjadi malas untuk taat pada pencipta...
lihat sahaja lah sekarng...
berapa kerat golongan muda yang setia ke surau masjid...
berapa kerat yang betul betul menajadi hamba...
keruntuhan moral dan akhlak semakin menjadi jadi..
salah siapa? diri? keluarga? masyarakat? pemimpin?

sesungguhnya tiap yang haram akan di bakar di dalam api yang panas menjulang..

mungkin inilah senjata baru yang di gunakan tentera dajjal untuk melemahkan kita...
membuat kita mwnjadi leka...lupa pada agama....
kita menjadi lemah apabila di sogokkan dengan kemewahan...
mereka telah menlekakan kita secara halus..
mereka sedang menghancurkan kita secara diam diam..

ingatlah kita kepada pesan baginda saw....

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."





berwaspadalah kita..kerana syaitan dam musuk kita tidak akan senang melihat kita senang...mereka akan melakukan apa sahaja sehingga kita mengikut telunjuk mereka..sehingga kita lupa pada Yang Maha Esa...

Friday, February 26, 2010

Yang terpuji


Kejahilan telah menyelubungi
Di dalam gelap mereka mencari
Sinar cahaya menerangi
Namun akhirnya tak ketemui
Sehinggalah kau menjelma
Hadirmu yang telah di jangka
Sudah lama mereka menanti
Lahirnya insan berhati suci

Kau bersinar tanpa matahari
Kau berkilau tanpa rembulan
Kau berkelip tanpa bintang
Hatimu bercahaya terangi semua
Engkaulah insan yang mulia

Sudah semuanya tahu
Sifatmu tulus terpuji
Sudah semuanya tahu
Akhlakmu indah sekali

selawatku ke atasmu
sebagai tanda cinta padamu

Thursday, February 25, 2010

Munir - transformasi



cikgu: murid murid..sape tahu apa tu maksud transformasi..?

murid: semua membisu..

cikgu: haa kamu munir..jawab...

munir: errr...transformasi ialah seekor robot yang boleh bertukar tukar...adik kepada transfomers cikgu...

cikgu: kamu berdiri atas meja.

Sunday, February 21, 2010

Yang ada akhirnya


entah mengapa..sejak akhir akhir ini aku menjadi malas untuk menulis di blog ini..aku lebih suka membiarkannya sepi dari sakit hati..sakit hati bukan kerana kelembapan ekonomi...tetapi kerana kelembapan internet tahap cipan...mungkon blog usang ini akan terus di biarkan sepi untuk seberapa seketika...atau untuk selamanya...

Saturday, February 13, 2010

Tidur tidurlah


Rahsia Tidur Rasulullah S.A.W.


Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi
hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat
manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Wallahu'alam.

Sebagai panduan

DALAM satu wawancara di antara Rasulullah SAW dengan setiausaha sulitnya Huzaifah Al-Yamani antara lain, berkata Huzaifah: "Orang selalu bertanya nabi akan kebaikan tetapi aku bertanya baginda tentang keburukan, kerana aku bimbang akan terjerumus kedalamnya. Aku (Huzaifah) bertanya: "Wahai Rasulullah kami dahulu nya berada dalam kejahilan dan keburukan, maka lalu Allah mendatangkan kami kebaikan ini (Islam). Maka apakah selepas kebaikan ini akan berlaku keburukan pula?" Rasulullah saw menjawab: "Ya (berlaku pula keburukan)",


Maka aku bertanya lagi: "Apakah selepas keburukan itu ada pula kebaikan?" Rasulullah saw menjawab: "Ya, akan tetapi di dalamnya (kebaikan itu) ada lagi keburukan yang terpendam". Huzaifah bertanya lagi: "Apakah yang dikatakan keburukan yang terpendam itu wahai Rasuluilah?". Rasulullah bersabda: "Terdapatnya suatu kaum yang tidak lagi mengikuti sunnah aku dan tidak pula menerima pakai hidayah dan petunjuk yang aku bawa. Kamu kenal mereka dan kamu mencegahnya",

Huzaifah bertanya lagi: "Apakah selepas kebaikan itu berlaku pula keburukan?", Rasulullah saw menjawab: "Ya, Kamu akan dapati para pejuang yang sedang berada diambang pintu neraka jahanam. Sesiapa yang mengikut mereka akan diheret ke dalam neraka", Huzaifah berkata lagi: "Beritahu kami ya Rasulullah apakah sifat sifat mereka itu?". Rasulullah SAW menjawab: "Mereka dari keturunan kita dan bercakap dalam bahasa kita", Huzaifah bertanya lagi: "Apakah arahan kamu kepada kami jika keadaan itu menimpa kami?", Rasulullah saw bersabda: "Kamu wajib bersama-sama jemaah muslimin dan kepimpinan mereka".

Huzaifah bertanya lagi: "Jika pada waktu itu tidak ada jemaah muslimin dan tidak ada pula pimpinan mereka?". Rasulullah SAW pula bersabda: "Maka hendaklah kamu mengasingkan diri daripada kumpulan-kumpulan itu semuanya (kumpulan yang tidak menerima pakai sunnah Rasulullah saw dan kumpulan yang sedang berada diambang pintu neraka jahanam) walaupun (dengan sebab itu) kamu terpaksa memakan akar-akar kayu sehingga kamu mati dalam keadaan begitu. - (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

David Beckham dan Identiti Keyahudiannya

davidbeckham_fun

Sudah ramai yang mengetahui bahawa bintang bola sepak antarabangsa, David Beckham adalah berbangsa Yahudi walaupun tidak kelihatan imej-imej keyahudiannya di khalayak ramai.

Tetapi beliau tidak dapat menyembunyikan identiti Yahudinya apabila menghadiri upacara pengekebumian datuknya, Joe West di tanah perkuburan Golden Green, North London. Beckham hadir bersama isterinya Victoria Beckham sambil memakai yarmulk biru iaitu ketayap kecil orang Yahudi.

beckham_funeral0001

beckham_funeral0002



oleh http://ibnuyaacob.com/?p=1385#more-1385

Monday, February 8, 2010

3 penunggu

gambar ini di ambil secara tidak sengaja...


















########################################

















amaran!!



















######################################


















sesiapa yang lemah semangat di galakkan tidak melihat gambar di bawah




















#############################################




















sebarang kesan buruk yang berlaku hendaklah di tanggung sendiri






















##############################################




























3 penunggu.........






























moral: makanlah buah buahan tempatan...

Sunday, February 7, 2010

Pertanyaan Iblis


Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.


1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "




2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membeli belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."




3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).


4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yang berkaitan dengannya)"


5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."




6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."




7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)




8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."


9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."


10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah."



BERPASANGAN DALAM PENCIPTAAN

BERPASANGAN DALAM PENCIPTAAN"Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui". (Surah Yaasin: 36)

Sekalipun konsep 'berpasang-pasangan' secara umumnya difahami untuk lelaki dan wanita, kenyataan mengenai 'dari benda yang tidak diketahui oleh mereka' mempunyai implikasi yang luas. Hari ini, satu dari implikasi ayat ini telah di dedahkan. Seorang saintis berbangsa british Paul Dirac, yang mengusulkan bahawa zarah diciptakan berpasang-pasangan, telah dianugerahkan hadiah nobel dalam bidang fizik pada tahun 1933. Penemuan ini dinamakan Parite, menyatakan bahawa setiap zarah berpasangan dengan zarah yang berlainan dengannya iaitu anti-zarah. Anti-zarah mengandungi sifat yang bertentangan dengan sesuatu zarah. Sebagai contoh, bertentangan dengan zarah, anti-zarah bagi elektron adalah bercas positif (positron) dan anti zarah bagi proton adalah bercas negatif (antiproton). Fakta ini dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;

RELATIVITI MASA

Hari ini, konsep relativiti masa adalah merupakan satu fakta saintifik yang telah pun dibuktikan. Hal ini telah di dedahkan melalui Teori Relativiti Einstein seawal abad ke 20. Sebelum itu, manusia tidak mengetahui bahawa masa adalah satu konsep yang bersifat relatif, dan bahawa ianya boleh berubah bergantung kepada persekitaran. Akhirnya, saintis agung Albert Einstein secara terbuka membuktikan fakta ini melalui teori relativitinya. Dia menunjukkan bahawa masa adalah bebas dari jisim dan halaju. Dalam sejarah manusia, tiada seorang pun yang pernah menjelaskan fakta ini secara nyata. Meskipun dengan satu pengecualian; Al-Qur'an telah pun memuatkan maklumat mengenai kerelatifan masa!! Beberapa ayat mengenai subjek ini berbunyi.

RELATIVITI MASA"Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjinya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung. (Surah Al-Hadid: 47)

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu saat yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu". Surah As-Sajadah: 5)

"Para malaikat dan Jibril naik kepada Tuhan dalam sehari yang kadanya lima puluh ribu tahun". (Surah Al-Ma'arij: 4)

Dalam setengah ayat, ianya dijelaskan bahawa manusia merasakan masa secara berbeza dan kadang-kadang mereka boleh merasa suatu masa yang singkat seolah-olah suatu masa yang panjang. Perbualan manusia berikut yang terjadi sewaktu pengadilan mereka di Hari Kemudian adalah satu contoh yang baik dalam hal ini.

"Allah berkata: berapa tahun lamanya kamu tinggal dibumi?. Sahut mereka itu: kami tinggal sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitungnya. Allah berkata: Kamu tiada tinggal (di dunia) melainkan sebentar saja jika kamu mengetahuinya. Surah Al-Mukminun: 112-114.

Fakta mengenai kerelatifan masa adalah sangat jelas disebutkan di dalam Al-Qur'an, yang dinyatakan pada tahun 610 adalah satu lagi bukti bahawa Al-Qur'an adalah sebuah kitab suci.

KADAR HUJAN

Satu dari butir maklumat yang diberikan dalam Al-Qur'an mengenai hujan ialah penurunan hujan dalam kadar tertentu. Hal ini disebutkan dalam surah az-Zukhruf sebagai berikut;

Dan Yang menurunkan air dari langit dengan kadar (tertentu) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati ..Surah Zukhruf;11

Kuantiti yang diukur dalam hujan telah ditemui oleh kajian moden. Satu anggaran yang telah dibuat iaitu setiap satu saat, dianggarkan 16 juta tan air mengewap dari permukaan bumi. Jumlah air yang mengewap dalam setahun lebih kurang 513 juta tan. Angka ini bersamaan dengan jumlah hujan yang turun ke bumi dalam setahun. Ini bererti air secara berterusan dikitarkan dalam satu kitaran yang seimbang, dalam satu 'kadar'. Hidupan dalam bumi bergantung kepada kitaran air ini. Sekalipun dengan menggunakan teknologi yang paling maju dalam dunia, mereka tidak akan mampu untuk menghasilkan kitaran ini secara tiruan.

Hanya dengan sedikit kekurangan dalam keseimbangan ini mampu untuk menimbulkan kecelaruan ekologikal yang besar yang akan memusnahkan hidupan dalam dunia. Bagaimanapun fenomena kitaran ini masih stabil dan hujan tetap turun dalam kadar kuantiti yang tepat seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur'an.

FORMASI HUJAN

Bagaimana pembentukan hujan kekal sebagai misteri besar untuk beberapa lama. Hanya setelah penciptaan radar cuaca barulah peringkat-peringkat pembentukan hujan dapat di ketahui.

Berdasarkan hal ini, pembentukan hujan terjadi dalam 3 peringkat. Pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya titisan hujan pun timbul.

PenilaiAn Al-Qur'an mengenai formasi hujan merujuk secara tepat kepada proses ini. Dalam sepotong ayat, pembentukan ini diterangkan sebagai berikut.

FORMASI HUJAN"Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)

Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan.

Sepertimana yang kita lihat, setiap peringkat dalam pembentukan hujan adalah berkaitan dengan ayat-ayat di dalam Al-Qur'an. Selanjutnya, semua peringkat ini diterangkan secara tepat dengan tertib yang tepat. Sama seperti fenomena semulajadi yang lain yang berlaku di bumi. Tuhan memberikan penjelasan yang paling tepat seperti fenomena-fenomena ini dan memaklumkan kepada manusia di dalam kitab Al-Qur'an beberapa abad sebelum ianya diketahui. Dalam ayat lain, maklumat berikut diterangkan mengenai pembentukan hujan;

"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah juga menurunkan (butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung maka ditimpakanNya ais itu kepada siapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya siapa yang dihendakiNya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. (Surah An-Nur: 43)

Para saintis yang mengkaji jenis-jenis awan menemui keputusan yang amat mengejutkan berkenaan dengan formasi gumpalan awan hujan. Gumpalan-gumpalan awan terbentuk berdasarkan kepada susunan dan peringakat yang amat jelas. Peringkat pembentukan awan Kumulonimbus, satu jenis dari awan seperti beriku.

FORMASI HUJAN2Digerakkan dengan tiupan angin: gumpalan awan yang bergerak bersama iaitu digerakkan dengan tiupan angin.

Berkumpul- kemudiannya, awan-awan yang kecil (awan kumulus) yang digerakkan oleh angin berkumpul bersama, membentuk gumpalan yang lebih besar. 94)

3) Melonggok- apabila awan-awan kecil telah berkumpul, rangka dalam lingkungan awan yang lebih besar bertambah. Rangka yang berada dekat dengan pusat awan adalah lebih kukuh berbanding yang berada di tepi rangka-rangka ini menyebabkan awan berkembang secara menegak, dan menyebabkan gumpalan awan berlonggok-longok. Perkembangan menegak ini menyebabkn jasad awak menganjur dalam ke bahagian yang lebih sejuk di dalam atmosfera. Di mana titisan air dan awan membentuk dan mula mengembang dengan lebih besar lagi. Apabila titisan air dan ais ini menjadi lebih berat sehingga gagal untuk ditampung oleh rangka di mana mereka terletak akhirnya mereka akan gugur dari gumpalan awan sebagai hujan, ais dan lain-lain.

Suatu yang harus diingat bahawa pakar meteorologi hanya mengetahui maklumat terperinci pembentukan hujan, struktur dan fungsinya hanya di akhir-akhir ini dan melalui peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, computer dan lain-lain. Ianya adalah bukti bahawa Tuhan telah memberikan kita cebisan maklumat yang tidak diketahui 1400 tahun dahulu.





http://www.harunyahya.com/

Azan





Abdullah bin Umar r.a berkata: "sewaktu kaum muslimin tiba tidak lama di Madinah, mereka berkumpul beramai-ramai untuk mengerjakan solat. Oleh kerana di waktu itu belum lagi ada satu cara pun untuk memanggil orang mengerjakan solat, lalu mereka pun bermesyuarat membicarakan tentang cara untuk tentang cara untuk memberitahu orang bahawa waktu solat telah tiba.


Dalam masa mesyuarat itu ada orang yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani dan ada pula yang mencadangkan supaya meniup seruling yang dilakukan oleh orang0orang Yahudi. Abdullah bin Umar r.a berkata lagi: "Setelah mendengar cadangan dari beberapa orang maka Umar r.a berkata,"kenapa kita tidak tidak suruh seseorang untuk mengajak mengerjakan solat". Setelah Rasulullah s.a.w mendengar pelbagai cadangan maka Rasulullah pun berkata kepada Bilal bin Rabbah r.a : Wahai Bilal! Berdirilah kamu dan panggil orang untuk mengerjakan saolat". Selepas itu Rasulullah pun mengajarkan cara azan kepada Bilal r.a dan cara itu kekal hingga ke hari ini.


Huraian

Ketika orang-orang Islam masih sedikit jumlahnya, kesulitan tidak timbul untuk mereka berkumpul bersama-sama bagi menunaikan solat secara berjemaah. Namun semakin hari semakin ramai bilangan orang-orang Islam sehingga timbullah masalah untuk memanggil atau mengingatkan mereka untuk menunaikan solat pada waktunya, kerana setiap orang mempunyai potensi terhadap kealpaan ataupun kelalaian pada diri masing-masing disebabkan oleh berbagai-bagai urusan kehidupan yang dijalani mereka.


Oleh sebab itu wujudlah mesyuarat yang membincangkan tentang keperluan bagaimana cara yang harus dilakukan untuk mengingat dan memanggil semua orang untuk solat tepat pada waktunya. Ada banyak cadangan yang diusulkan seperti yang diceritakan di dalam hadis.


Salah satu daripada usul itu datang dari Umar r.a yang mencadangkan agar ditunjuk seseorang yang bertindak sebagai pemanggil kaum Muslim untuk solat pada setiap masuknya waktu solat. Saranan ini kebanyakannya dipersetujui oleh semua orang, termasuk Rasulullah s.a.w. memandangkan banyak cadangan-cadangan yang lain lebih mirip kepada kaum kafir.


Namun yang menjadi persoalannya kini ialah bagaimana perlaksanaannya? Abu Dawud mengisahkan bahawa Abdullah bin Zaid r.a meriwayatkan :"Ketika cara memanggil kaum Muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidur aku bermimpi melihat ada seseorang sedang memegang sebuah loceng.


Aku dekati orang itu dan bertanya kepadanya apakah ia ada maksud hendak menjual loceng itu. Jika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepada aku saja. Orang tersebut malah bertanya," Untuk apa ? Aku menjawabnya, "Bahawa dengan membunyikan loceng itu, kami dapat memanggil kaum Muslimin untuk menunaikan solat." Orang itu berkata lagi, "Adakah kau mahu jika ku ajarkan cara yang lebih baik ?" Dan aku menjawab " Ya !"Lalu dia berkata lagi, dan kali ini dengan suara yang amat lantang , " Allahu Akbar, Allahu Akbar.."


Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan perihal mimpi itu kepada baginda. Dan baginda bersabda: "Itu mimpi yang sebetulnya nyata. Berdirilah di samping Bilal dan ajarkan dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat lantang." Lalu aku pun melakukan hal itu bersama Bilal."


Rupanya, mimpi yang serupa dialami pula oleh Umar r.a, beliau juga menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w bersyukur kepada Allah SWT di atas semua petunjuk tersebut. Azan mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah. Bilal r. a. telah menambah pada azan subuh dengan lafaz "As solatu khairuminan naum." ( Sembahyang itu lebih baik daripada tidur). Dan ia dipersetujui oleh Rasulullah saw. Apabila tiba bulan ramadhan , Rasulullah saw. telah menyuruh azan dua kali pada waktu subuh.


Azan yang pertama bagi mengingatkan orang Islam supaya bersahur. Ada pun azan pada sembahyang jumaat sekali sahaja , sehingga zaman Khalifah Saidina Osman r. a. Apabila manusia bertambah ramai dan ada yang masih leka selepas azan zuhur maka Saidina Osman r. a. memerintahkan diazankan sekali lagi apabila imam menaiki mimbar.






Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaran sehingga tidak mendengarnya lagi. Setelah azan selesai, dia kembali lagi untuk menghasut. Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan lari sehingga tidak mendegarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia kembali sekali lagi untuk menghasut

Hikmah tidah berbohong


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata : "Ya Rasulullah.

Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya. Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras.

Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya : "Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu." Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek. "Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata : "Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga." Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya.

Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.


Raja rimba

Beruang : "sekali je aku mengaum, seluruh hutan menggigil."



Singa
: "ek eleh, sekali je aku mengaum semua belantara ketakutan."





Babi: "Wa La Weh.... sekali je aku batuk, satu dunia panik!"







http://malaysiasensasi.blogspot.com/

Saturday, February 6, 2010

Makan ubat



ada seorang wanita muda cantik datang berjumpa doktor untuk mengadu tentang kesihatannya.

setelah di periksa......


doktor: cik makan ubat yang warna biru ni 2 bijik waktu pagi dengan 2 gelas air kosong...

perempuan cantik: yang kuning ni?

doktor: yang kuning pun 2 bijik tapi dengan 3 gelas air kosong...

perempuan cantik: merah?

doktor: haa yang merah pun 2 bijik dengan 2 gelas air kosong....faham?

perempuan cantik: err doktor...apa sebenarnya sakit saya ni..??

doktor: tak ada apa.....cuma kamu kurang minum air...


moral: dengarlah nasihat doktor

Gasaklah

ini artikal copy paste bulat bulat...


Bukti' sudah tersedia. Spesimen air mani pada seluar dalam Saiful telah 'disahkan' sebagai air mani Anwar. Masalahnya adalah jika mereka membenarkan pakar asing yang bebas bagi mengaudit dapatan Jabatan Kimia itu, maka akan terbuktilah bahawa spesimen itu berusia sepuluh tahun dan bukannya bertarikh 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Malam tu, mereka berparti sakan. Jabatan Kimia begitu gembira kerana beranggapan bahawa mereka ada kes yang kukuh terhadap Anwar Ibrahim, hinggakan mereka meraikannya.

Parti dengan kos RM25,000 tu ditanggung oleh seorang Individu Baik yang gembira bahawa kali ni, tak seperti perbicaraan yang sebelumnya, Anwar berada dalam tangan mereka.


RM25,000 untuk berparti bukannya banyak sangat jika ia adalah bagi meraikan perkahwinan Perdana Menteri. Tahun lalu, berjuta dibelanjakan bagi perkahwinan Abdullah Ahmad Badawi. RM25,000 juga bukannya banyak sangat bagi meraikan pengambil alihan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri pada tahun 2010. Malah Rosmah Mansor membelanjakan lebih daripada tu untuk membeli beg tangan. Tetapi RM25,000 sememangnya jumlah yang besar bagi merayakan 'kejayaan' Jabatan Kimia menjerat Anwar.

Tetapi mengapakah Individu Baik tu perlu membiayai parti RM25,000 untuk kakitangan Jabatan Kimia? Nak raikan apanya? Adakah mereka akan membelanjakan RM25,000 setiap kali mereka berjaya menyelesaikan sesuatu kes? Atau adakah ini parti ‘sekali seumur hidup’ atas kejayaan mereka menjumpai ‘bukti’ bagi menghantar Anwar ke penjara selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun, yang akan memastikan bahawa beliau takkan dapat membentuk kerajaan Persekutuan yang baru pada 16 September 2008?

Eh, tunggu kejap. Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi berkata bahawa Anwar perlu memberikan profil DNA ‘barunya’. Menurut Abdullah, profil DNA tahun 1998 yang disimpan polis adalah 'terlalu tua'. Pada masa yang sama, polis pula berkata bahawa jika Anwar menolak untuk memberikan profil DNA ‘barunya’, maka mereka akan mendapatkan perintah mahkamah bagi memaksanya berbuat demikian. Mmm… ada banyak yang tak kena, ni.

Pertama sekali, kalau Jabatan Kimia sudah mempunyai kes yang kukuh terhadap Anwar, maka mengapakah mereka memerlukan profil DNA Anwar yang baru? Kita perlu sedar bahawa profil DNA takkan pernah berubah. Kalau ya, maka adakah polis juga perlu mendapatkan cap jari Anwar yang ‘baru’ kerana cap jarinya dah berubah? Hakikatnya adalah cap jari tak pernah berubah sejak kita dilahirkan sampailah saat kematian kita. Hakikat yang sama terpakai bagi profil DNA.

Jika anda masih ingat, kubur Napoleon Bonaparte pernah digali semula. Mereka kemudiannya menjalankan ujian bagi membuktikan bahawa dia telah meninggal akibat keracunan arsenik. Napoleon meninggal dunia pada 5 Mei 1821, iaitu lebih daripada 187 tahun yang lalu. Jadi, logikkah apabila mereka mengatakan bahawa profil DNA Anwar sepuluh tahun yang lalu sudah basi?

Sebenarnya, 'bukti' kukuh yang diperoleh Jabatan Kimia baru-baru ini adalah berdasarkan spesimen Anwar pada tahun 1998. Jadi, mereka memerlukan spesimen baru yang bertarikh 2008. Jika tidak, jika Anwar memohon supaya ‘bukti’ Jabatan Kimia itu diaudit oleh pakar asing yang bebas, maka pakar itu mungkin mendapati bahawa spesimen yang kononnya ‘bukti kukuh’ itu sebenarnya berusia sepuluh tahun, dan bukannya dari insiden 'liwat' 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.

Ya, mereka (para pakar) bukan hanya mampu menentukan sama ada ‘air mani’ yang terdapat pada seluar dalam Saiful itu milik Anwar ataupun tidak, malah mampu menentukan sama ada ia adalah spesimen bertarikh September 1998 ataupun spesimen bertarikh 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.

Bukti' sudah tersedia. Spesimen air mani pada seluar dalam Saiful telah 'disahkan' sebagai air mani Anwar. Masalahnya adalah jika mereka membenarkan pakar asing yang bebas bagi mengaudit dapatan Jabatan Kimia itu, maka akan terbuktilah bahawa spesimen itu berusia sepuluh tahun dan bukannya bertarikh 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa.

Jadi, mereka perlu menukar spesimen September 1998 dengan spesimen baru yang bertarikh Julai 2008. Itulah sebabnya Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Syed Hamid Albar, dan yang lain-lain meminta Anwar supaya memberikan spesimen barunya. Mereka memerlukan spesimen baru ini bagi 'membuktikan' bahawa air mani pada seluar dalam Saiful adalah bertarikh 26 Jun 2008 dan bukannya September 1998. Malah Abdullah sendiri 'mengesahkan' perkara ini apabila dia meminta Anwar memberikan specimen barunya, walhal bagi pemprofilan (profiling) DNA, spesimen lama sudah memadai – tetapi jika ‘bukti’ Jabatan Kimia itu diaudit oleh pakar asing yang bebas, maka akan terbuktilah bahawa spesimen itu berusia sepuluh tahun.

Ya, pada bulan September 1998, mereka sudah pun mengambil spesimen Anwar. Namun mereka tidak boleh menggunakannya sebagai bukti dalam tuduhan liwat terbaru ini. Mereka perlu 'mengemaskinikan' bukti mereka, dan melainkan mereka dapat memaksa Anwar bagi memberikan spesimen baru kepada mereka, maka bukti tu menjadi terlalu lemah. Itulah sebabnya polis terpaksa melepaskan Anwar dengan jaminan polis sehari selepas beliau ditangkap ala filem aksi Hollywood. Mereka hanya ada dua pilihan, iaitu membebaskannya ataupun mendakwanya di mahkamah. Tetapi nak dakwa macam mana kalau bukti tak kukuh? Realitinya adalah ‘bukti’ yang berdasarkan spesimen bertarikh September 1998 tu sememangnya tak kukuh dan takkan membolehkan mereka mendapatkan sabitan. Ini kerana Anwar dituduh meliwat Saiful pada 26 Jun 2008, dan bukannya September 1998.

Nah, sekarang baru anda tahu bagaimana cara dua ekor kucing kurap, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara beroperasi. Kedua-dua ekor kucing kurap inilah yang memalsukan bukti pada tahun 1998, yang mana mengakibatkan Anwar dipenjarakan selama enam tahun. Dengan berkata demikian, adakah saya bersalah atas jenayah hasutan dan fitnah? Ya, tulah yang saya harapkan. Alang-alang, baik saya lakukan satu lagi ‘jenayah’. Saya akan menuduh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara memalsukan bukti dan menakut-nakutkan saksi.

Begini… sebenarnya, mereka meminta seorang doktor dari sebuah hospital bagi melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Saiful. Doktor itu melakukannya dan dalam laporannya, dia mengatakan tiada bukti bahawa Anwar pernah ‘menjolok’ ataupun meliwat pemuda tu. Pihak polis kemudiannya menangkap doktor tu dan menahannya selama tiga hari. Walaupun mereka cuba memaksanya supaya mengubah laporannya bagi membabitkan Anwar, dia enggan melakukannya.

Sehingga ke hari ini, doktor itu tetap bertegas bahawa tiada bukti bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Dia tahu bahawa dia akan ‘kena’ disebabkan ketegasannya, tetapi dia tak peduli. Walau apa pun yang dilakukan kepadanya, dia takkan mengubah laporannya dan mengatakan bahawa Anwar meliwat Saiful. Pihak polis akhirnya terpaksa melepaskan Anwar atas bon peribadi ataupun jaminan polis. Doktor tu enggan mengubah laporannya, manakala Anwar pula enggan memberikan spesimen ‘barunya’.

Bukti' terhadap Anwar tak cukup kukuh. Mereka kini terpaksa mencari cara lain bagi 'membuktikan' bahawa Anwar meliwat Saiful. Sementara itu, lantaran tuduhan saya yang terbaru ni, mari kita tunggu sama ada Peguam Negara akan membuat laporan polis yang lain terhadap saya dan sama ada Ketua Polis Negara akan menangkap saya dan mendakwa saya di mahkamah atas kesalahan menghasut dan jenayah fitnah.

Sekarang ni pun, saya sedang menghadapi empat pertuduhan hasutan dan jenayah fitnah. Dua ataupun tiga pertuduhan lagi, apa salahnya? Ye tak? Sama ada saya dipenjarakan ataupun tidak, tu bukan soalnya. Apa yang penting adalah dunia perlu diberitahu bahawa mereka sekali lagi cuba memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim. Kalau saya terpaksa masuk penjara pun, gasaklah.

ARTIKEL DI ATAS DITERBITKAN PADA 21 JULAI 2008. TAK LAMA SELEPAS TU, SAYA DIPANGGIL KE BUKIT AMAN KERANA MEREKA INGIN 'MENGAMBIL KETERANGAN SAYA' ATAS TUDUHAN MENGHASUT. SAYA ENGGAN MEMBERIKAN KETERANGAN. MAKA POLIS TERPAKSA MEMBEBASKAN SAYA. MEREKA KEMUDIANNYA MENGGELEDAH RUMAH SAYA BAGI MENCARI LAPORAN DOKTOR YANG BERKENAAN DAN MERAMPAS PELBAGAI DOKUMEN. WALAU BAGAIMANAPUN, MEREKA GAGAL MENCARI KOMPUTER SAYA, SEKALIPUN MEREKA MENGGELEDAH SELURUH RUMAH SAYA. TAK SAMPAI DUA BULAN KEMUDIAN, SAYA DITAHAN DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI.



penilaian di tangan anda.....

fikir dan buat keputusan......

Jangan minum

ini bukan iklan berbayar......



06/02/20010...aku buka kalendar cap GIANT....terkejuk ala ala beruk pun ada....
logo minuman setan pun ada dalam rumah aku rupanya....hampeh tul GIANT....










moral: jangan beli barang dengan GIANT lagi...dengan NOBITA tak pe...

Friday, February 5, 2010

Ketemu juga akhirnya

2 enjin jet TUDM dicuri ditemui semula





KUALA LUMPUR, Feb 5 - Dua enjin pesawat pejuang F5 milik Tentera Udara Diraja Malaysia, yang dicuri tiga tahun lalu, telah ditemui semula dengan kerjasama kerajaan Uruguay, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Kedua-dua enjin itu diperoleh semula selepas sebulan anggota tentera berpangkat sarjan bersama seorang pengarah syarikat swasta didakwa.

Gani berkata kerajaan Uruguay telah menghantar notis kepada kerajaan Malaysia bahawa ia telah menemui dua enjin jet F-5E.

Katanya kerajaan menangani perkara itu dengan penuh kesungguhan dan sedang mengambil langkah perlu bagi mendapatkan kembali dua enjin berkenaan setelah menerima makluman daripada kerajaan Uruguay tentang penemuannya.

"Kejayaan yang dicapai setakat ini, hingga membawa kepada penemuan dua enjin jet milik TUDM itu, adalah hasil usaha dan kerjasama rapat antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.

Gani berkata kerajaan telah mendapatkan bantuan pihak berkuasa di Uruguay untuk mengesan dua enjin yang dicuri itu yang dipercayai telah dibawa ke Uruguay.

Beliau berkata sebagai pemilik sah enjin jet yang dicuri itu, kerajaan juga menghubungi Kedutaan Uruguay di sini serta Badan Penasihat Pusat bagi Bantuan Perundangan Bersama Uruguay dan telah memberi notis awal berhubung penemuan semula dan penghantaran enjin berkenaan melalui bantuan bersama dalam rejim hal berkaitan jenayah.

Langkah itu sejajar dengan Akta Bantuan Bersama Berkaitan Hal-hal Jenayah 2002, kata beliau.

Abdul Gani juga menyatakan penghargaan beliau terhadap Kedutaan Uruguay di sini, khususnya Duta Besar Pablo Sader, atas segala bantuan yang diberi kepada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia, yang membawa kepada penemuan semula enjin yang dicuri itu.

Dua enjin berkenaan dilaporkan hilang sejak 2007.




bila dah jumpa boleh ambik senang macam tu je ke bawak balik malaysia?

Padu

VC yang terbaik 2009 (aku punya pengiktirafan)










nilai la sendiri..

Air DLL


petang yang gersang....panas yang membahang....memaksa keinginanku untuk membayangkan kedinginan ABC...tekak yang merekah ini pasti subur bila di sirami ABC....nafsu aku begitu bergelora...lantas aku meluru ke kedai cik sah...perjalanan dengan motor itu cuma mengambil masa 3 minit...aku turun dari pelana....

kelihatan 2 orang budak mendahului aku....

budak: pokcik, nok air DLL se...
aku: terdiam (sebenarnya kebingungan. kali pertama aku dengar air DLL)
pakcik: bereh!
aku: masih lagi kelu (otak aku tengah ligat memikirakan air DLL)

3 minit kemudian...budak tadi beredar dengan air DLL...

aku: pokcik, air DLL tu air mende?
pakcik: ketawa....
aku: kehairanan (salah ke soalan aku)
pakcik: budok budok tu tengok kat kain rentang kat belakang tu...
ABC. CENDOL. BANDUNG. BANCAU. DLL...
aku: ketawa sambil menjaga adab sopan (hahaha)
pakcik: budok tu ingat DLL tu nama air..pok pun buat je la air...
( sambil ketawa macam orang gila)
aku: saya nok se air DLL
pakcik: mung pon nok jugok.(sambil ketawa terbahak bahak)
aku: buat buat ketawa...hahaha





boleh tahan jugak air DLL ni..hehe

Thursday, February 4, 2010

Kerja mat rempit

ini kerja mat rempit...
merempit motor di jalanan...






ini bukan kerja mat rempit...


habis tu kerja siapa?



Hilang lagi : Dua Enjin Jet Sukhoi Lesap


Petaling Jaya: Dua enjin jet pejuang Angkatan Udara Malaysia "hilang" pada tahun 2007, selain daripada dua enjin F5 yang dicuri dari pengkalan udara Sungai Besi .

Dua enjin yang "hilang" itu baru dihantar untuk Sukhoi Su-30MKM Multi Role Combat Aircraft (MRCu). Pesawat tersebut mengalami "kerosakan benda asing" (FOD) selepas enjinnya menyedut batu dan benda-benda lain tatkala mendarat pada Jun 2007.

Sumber mengatakan kedua-dua enjin NPO Saturn AL-31FP itu telah dilupuskan selepas mengalami "bencana kerosakan" ketika jet Sukhoi baru itu mendarat di landasan pengkalan udara Gong Kedak di Kelantan.

Namun, Ketua Ankatan Udara, Datuk Seri Rodzali Daud telah menafikan tentang pelupusann tersebut dan berkata enjin tersebut telah dihantar untuk dibaiki.

Dia enggan menjelaskan lebih lanjut, tetapi mengatakan bahawa FOD adalah kejadian normal dalam operasi pesawat jet pejuang. Jika enjin boleh diperbaiki, ianya akan dihantar semula ke kilang NPO Saturn, Russia.

Sumber industri pertahanan tempatan mengesahkan kehilangan enjin yang rosak itu.

Adalah sukar untuk menganggarkan kos baru enjin AL-31FP. Negara telah membelanjakan RM155 juta bagi setiap jet Sukhoi dan kerajaan membeli 18 Su-30MKM dari Rusia pada Mac 2003 dengan kos RM3.42 bilion.

Adalah difahamkan bahawa insiden itu berlaku, ketika pesawat jet Sukhoi tersebut di uji pandu oleh Biro Desain Sukhoi. Pada awalnya RMAF menuntut agar syarikat Russia itu menggantikan dua enjin yang rosak itu.

Namun, Sukhoi telah menolak dengan alasan bahawa kru ujian hanya mengikuti arahan daripada pegawai RMAF mendarat di pengkalan udara Gong Kedak.

Walaupun jelas bahawa insiden itu merupakan satu pelanggaran peraturan tetap RMAF, namun tidak ada seorang pun yang diseret di atas kehilangan dua enjin tersebut

Wednesday, February 3, 2010

Tiada air mata



pagi yang subuh itu....aku di kejutkan oleh satu panggilan telefon....

perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah itu begitu suram sekali...pohon pohon kelapa sawit itu belari semakin menjauh dan semakin laju....kadangkala kami terlompat lompat dek kerana permukaan jalan yang teruk persis seperti lubang golf....sepanjang perjalaan itu terlihat sedikit perubahan...cerucuk cerucuk jambatan tumbuh bagaikan cendawan tiram...masjid masjid semakin berdiri megah - tapi lengang tanpa jemaah...mungkin inilah pembangunan yang di idamkan....sesetengah poket semakin membesar...dan poket rakyat semakin besar lubangnya...

rakyat terengganu masih miskin....


di sini masih lagi seperti hari itu....jalannya yang sempit...berlubang lubang....mugkin hari ini untuk 10 tahun lagi....kini kami tiba di kawasan felda Jabor...kami datang ke mari atas sebab kematian...jarak yang memisahkan itu membuatkan hubungan kami kurang erat..hanya waktu seperti ini aku berpeluang berkenal dan bersua muka dengan keluarga yang jauh dan dekat...dia yang pernah aku jumpa itu sebenarnya sebahgian daripada kami...kecilnya dunia....

kita semua bersaudara...


kain yang putih bersih membalut jasad itu di semadikan....sesungguhnya aku akan menyusulimu nanti...hati rasa begitu berkecamuk....terbayang saat jasadku di semadikan...oh apalah guna apa yang aku kejar selama ini....semuanya akan di tinggalkan....kain putih itu pasti mereput bersama jasad...hilang...segala kecantikan....hancur di mamah tanah....hilang segala nikmat...terputus segala galanya....waktu itu tiada lain yang dapat membantu..melainkan amal semasa hidup....sedekah yang ikhlas..anak yang soleh.....

setiap yang bernyawa pasti merasai mati....


selesai sudah hidupnya...kita yang masih di beri kesempatan harus meneruskan hidup...kami kembali...sebelum zohor kami singgah di warong berhampiran...lebih kurang 5ringgit berguna untuk 7 cawan air...kami beredar...menujuk ke surau....zohor itu kami selesai memberi salam bersama 4 jemaah....surau di sini masih hidup walaupun kurang peserta...tok imam yang berperwatakan sederhana itu sempat menumpang kami...perbualan itu terhenti apabila sampai ke tempat yang di tuju...kami sempat menjamah sedikit lauk pauk yang di sediakan sebelum beredar pulang....







Al fatehah untuk semua umat Islam yang telah pergi mengadap Ilahi...





Tuesday, February 2, 2010

Masji al-Aqsa yang sebenar


dulu...aku ingat masjid yang berkubah emas ni Masjid al-Aqsa....tapi aku silap...rupanya ni Dome of the Rock (atau Masjid Umar)...ye la...mana tak silapnya...dalam TV pun cakap tu Masjid al-Aqsa...dalam kalendar gambar masjid pun sama...macam macam lagi la....aku sorang je ke yang silap atau ramai lagi...kalau aku sorang memang tu kesilapan aku la...tapi cerita ni bukan yang berlaku sekarang....sebaliknya masa aku kecik dulu....masa zaman sekolah dulu...kurang pendedahan lagi....

jadi yang mana satu Masjid al-aqsa...Masjid al-Aqsa ialah bangunan berkubah perak hitam yang terletak tidak jauh dari Dome of the Rock....


Masjid al-Aqsa



kenapa ada pihak yang menggelirukan kita?

Ia adalah untuk mengalih perhatian umat Islam seluruh dunia terhadap lokasi sebenar Masjid al-Aqsa yang pernah dilawati Nabi Muhammad dalam peristiwa Israk Mikraj. Kerja penggalian oleh Yahudi di Masjid al-Aqsa yang berkubah perak hitam terus dijalankan tanpa banyak halangan kerana penglihatan majoriti umat Islam sudah dialihkan kepada Dome of the Rock. Maka, setiap kali timbul isu protes di kalangan umat Islam Palestin terhadap penggalian Masjid al-Aqsa oleh Yahudi, kita akan ditunjukkan imej Dome of the Rock. Penggalian itu pula diberikan alasan sebagai untuk tujuan cari gali sejarah dan arkeologi theologi.

Masjid al-Aqsa pada pandangan yang berbeza




Kerja penggalian itu secara tersembunyi adalah untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa supaya ia kelihatan seperti ia runtuh dengan sendiri bagi mendirikan semula Istana Kuil Sulaiman. Istana Kuil Sulaiman itulah yang akan menjadi tempat Dajjal ditabalkan sebagai raja kepada bangsa Yahudi di akhir zaman, ‘raja yang dijanjikan’ di tanah yang dijanjikan.


lokasi sebenar Masjid al-Aqsa



Menurut kepercayaan (tradisi lisan) masyarakat di Timur Tengah, Masjid al-Aqsa didirikan di atas kesan runtuhan salah satu daripada bangunan istana Nabi Sulaiman yang mana di dasar tanahnya menyimpan saki baki pengetahuan rahsia terhadap ilmu sihir dan rahsia alam jin. Ia juga dikatakan menyimpan rahsia terhadap penyempurnaan pengetahuan alam jin yang tertimbus di dasar tanahnya. Ini kerana dalam tradisi Islam dan Yahudi, Nabi Sulaiman dikenali sebagai seorang manusia yang dikurniakan kelebihan oleh Allah untuk berhubung dengan alam jin. Maka, segala pengetahuan berhubung alam jin telah ditimbus ke bawah tanah (tahu relevan muzik underground dengan istilah ini?) ditanam oleh Nabi Sulaiman sebelum baginda wafat kerana manusia secara dasarnya ditegah untuk mempunyai hubungan dengan jin dan syaitan (kecuali dengan izin Allah).




Logistik peralatan kerja penggalian di Masjid al-Aqsa

Kembali kepada kerja penggalian di tanah yang dijanjikan. Terma ‘raja yang dijanjikan’ dan ‘tanah yang dijanjikan’ ini tidak terdapat dalam kepercayaan Yahudi Ortodox, melainkan hanya terdapat dalam kepercayaan Yahudi Zionis Gnostic. Doktrin itu hanya dipercayai oleh golongan Yahudi penyembah syaitan sejak zaman Babilon dan Mesir purba serta para Yahudi penganut agama pagan dari zaman awal sejarah kesesatan.

Minda kita dikawal dengan teratur...kini kita tidak lagi dapat di perbodohkan...sama samalah kita berdoa untuk keselamatan Masjid al-Aqsa dan ummat Islam di sana....


Masjid al-Aqsa

Mengapa Yahudi bijak

ini artikal copy and paste bulat bulat

Sunday, January 25, 2009



Mengapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon





sumber:
http://mengapa-yahudi-bijak.blogspot.com/





aku cuma bold kan maklumat yang lebih kurang penting je...yang lain lain tu bold la sendiri...aku dah malas..hehe



apa yang baik tu kita ambik..yang buruk tu kita buang jauh jauh....


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."