ahlan wa sahlan

perhatian

blog ini masih lagi dalam proses baik pulih.
maaf atas segala kesulitan.
harpa maklum.

Monday, January 18, 2010

Antara bersugi dan berus gigi

3rakaat selesai sudah...mataku yang sedari tadi cergas terasa bagai di gam...barangkali gam gajah...begitu kuat menutup kelopak mata..mengantuk...mungkin aku terlalu letih..tanpa berfikir sedikit pun aku terus merebahkan tubuhku ke atas tilam yang sederhana empuk...aku lupa janji untuk ke kedai...belum sempat di ulit mimpi...kakak kesayanganku datang menggangu... cumburu?.. bukan... dia menagih janji yang ku buat dinihari tadi...mahu tak mahu aku gagahkan jua...keberangkatan ke SABASUN itu ku yakini dengan HONDA wave yang belum seabad usia...malam ini aku sekali lagi terlupa membawa beg duit...POLIS pula meronda ronda...macam tau tau je aku tak bawak lesen...tapi dengan muka selamba aku teruskan..sedikit pun tak goyah...

akhirnya tiba...SABASUN tetap utuh walaupun banyak pasaraya tumbuh di sekitarnya...MYDIN dan GIANT memang tak mampu untuk membunuh SABASUN...dalam leka mencari barang...mataku sempat meliar memerhati gelagat manusia...pelbagai...aku biarkan saja semua itu berlaku secara semulajadi...kakakku mencari berus gigi..aku turut serta...dalam kesibukan memelih...aku terpandang sesuatu...sesuatu yang tidak menjadi pilihan orang ramai...kayu sugi....aku terus mencapai...membelek belek seperti kera mendapat bunga...harganya hampir mencecah 2ringgit...lagi murah daripada berus gigi beserta ubatnya...apa salah aku mencuba...tak rugi..lagi pun orang cakap berus gigi kurang bagus.. sebab bakteria banyak berkumpul..buat sarang lagi tu...aku pun kurang periksa pasal tu..





dalam kesebibukan itu...fikiran aku menjadi bertambah sibuk...sugi....berus gigi...sugi tu amalan Nabi..berus gigi tu barat punya...ramai manusia yang menggunakan berus gigi....tapi bersugi...terlalu jarang...anak anak kecil pasti pelik jika melihat orang bersugi...bahkan sedikit pun tidak mengerti..ape tu?...orang tu guna kayu buat berus gigi?..tak ada duit ke nk beli berus gigi?..dan macam macam lagi tanggapan masyarakat...seolah olah bersugi begitu janggal dalam kehidupan...mengapa semua itu terjadi...mungkin kerana seumur hidup kita jarang sekali di beri pendedahan tentang bersugi..kebaikan...dan kelebihan bersugi...Nabi pernah bersabda.. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis riwayat Al-Bukhari) mengapa Nabi seolah olah terlalu menitik beratkan dan menyuruh kita bersugi.. pasti ada hikmah yang tersembunyi.... Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).





tanpa segan silu dan tanpa prejudis aku mencuba... untuk permulaannya... terasa semacam je... tapi lama kelamaan.... selesa.... begitu sebati dengan gigiku yang kurang bersinar... setulusnya.. ini bukan kali pertama aku bersugi... pernah dulu kawan aku menyuruh aku mencuba.. tapi aku buat buat ringan je... acuh tak acuh... dan aku betul betul tidak merasai nikmat bersugi.... ok..artikal ni bukan tetang aku dan sugi... tapi tentang SUGI... terlalu jauh melencong.. aku ingin berpatah balik.. kembali kepada petak pertama... antara bersugi dan berus gigi... dulu aku pilih berus gigi... sekarang aku cuba untuk bersugi..."Bersugilah kamu, sesungguhnya didalamnya terdapat kebaikan dan keredhaan dari Allah swt." sabda Rasulullah saw (diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ra)






APA ITU BERSUGI?

Bersugi adalah suatu perbuatan bagi membersihkan
mulut dan gigi.





HUKUM BERSUGI

1. Sunat
- hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika berubah bau mulut.

2. Makruh - Orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadan) atau puasa sunat selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu zuhur.





CARA BERSUGI





HIKMAH DAN FAEDAH BERSUGI

1. Memutihkan gigi (menanggalkan plak dan kaviti).
2. Mengoptimumkan keupayaan saraf gigi mengesan getaran nutrient makanan. Setiap batang gigi akan mengesan nutrient tertentu. Sekiranya gigi tersebut bersih, maka nutrient akan dikesan dengan baik untuk membantu melancarkan proses penghadaman.
3. Mengawal biotik (menghilangkan bau dan menghalang jangkitan bakteria).
4. Mengoptimumkan penghasilan kalsium semulajadi tubuh. Sebahagian besar kalsium yang diserap oleh orang dewasa dihasilkan oleh gigi. Tubuh berkeupayaan menghasilkan kesemua nutrient kecuali asid folik dan mineral. Gigi yang bersih dan bersugi akan menguatkan tulang.



ADAB BERSUGI

1. niat bersugi untuk kebersihan diri dan keredhaan Allah swt.
2. baca bismillah dan selawat Nabi.
3. basuh kayu sugi sebelum dan selepas di gunakan.





TAHUKAH ANDA?


Kajian klinikal yang dilakukan oleh Jabatan Sains Pergigian (Pencegahan), Universiti King Arab Saudi pada 2003 menunjukkan amalan bersugi mempunyai khasiat perubatan untuk melindungi dari plak, gusi berdarah, gigi haus dan kesakitan gigi. (Arabnews)






RAHSIA SAINTIFIK KAYU SUGI

Satu satunya cara untuk membersihkan pencemaran pada gigi ialah dengan mengalirkan perturakan caj elektron. Elektrostatik boleh dijana melalui cara gosokan.

Kayu sugi yang biasa digunakan untuk mengosok gigi didapati mempunyai penjanaan elektron yang banyak apabila digosokkan.






Liang kayu sugi mempunyai geometri yang seragam. Ia dipenui dengan elektron apabila digetarkan melalui gosokan. Elektron ini sungguh bertenaga sehingga memustahilkan bakteria boleh berada di dalamnya.

Elektron terhasil melalui ruang jisim yang bergeometri yang digetarkan melalui gosokan atau tekanan.

Kesan Gigi Mendapat Elektron

Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus.

Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.

Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menggalkan plak dengan sendiri, insya Allah.

Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.



Teknik Menggosok (Bersiwak)

Bersiwak atau menggosok dengan kayu sugi bukan sekadar membersih secara elektromangetik dan fizikal semata-mata, malah ia mencapai ke tahap spiritual dan merangsang kekuatan saraf gigi dan melibatkan koordinasi otak.

Teknik sebenar ialah tidak perlu gigit atau ketuk kayu tersebut untuk menjadikan ia berbulu. Ia boleh digosok terus sehingga berbulu. Apabila hujung kayu sugi berbulu, ia perlu dibuang semula kerana bulu yang terhasil itu didapati kekurangan elektron berbanding dengan kayu yang masih padat.







berus gigi + tooth paste + cungkil gigi + pembersih lidah + pewangi mulut + breath freashner + pengurut gusi, gigi dan mulut + amalan para nabi + kegemaran para rasul + kesukaan para malaikat







sumber rujukan
http://rawatankesihatan.com/2008/10/rahsia-saintifik-kayu-sugi.html
untuk maklumat tambahan
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=956

No comments:

Post a Comment

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."