ahlan wa sahlan

perhatian

blog ini masih lagi dalam proses baik pulih.
maaf atas segala kesulitan.
harpa maklum.

Monday, July 5, 2010

JOM JOIN GIVE AWAY RUSIA & MESIR

bismillah...
 
10 hadiah misteri dari Rusia & Mesir menanti untuk semua yang berminat nak join…
Boleh pilih sama ada nak hadiah dari Rusia atau Mesir SAHAJA tak boleh pilih dua2 taw. Edisi terhad!
(5 hadiah dari Rusia & 5 hadiah dari Mesir)

Senang sahaja nak menyertai benda ni.

Antara syarat-syarat yang dikehendaki untuk menyertai Give Away ini adalah:
1.  Jadi follower blog ni (bukti penyertaan)
2.  Buat simple entry berkenaan giveaway kami ni yang bertajuk : JOM JOIN GIVE AWAY RUSIA & MESIR
3.  Upload banner kat entry & sidebar & link kan kat entry nih
4. Hebah-hebahkan Give Away ini kepada rakan-rakan anda.
5. Tinggalkan link entry anda di bahagian komen entry ni untuk memudahkan pemberian hadiah giveaway dari kami nanti. Komen anda mestilah berbunyi "Hye! Saya telah menyertai Jom Join Give Away Rusia & Mesir. Saya sertakan link entry ini (link entry anda) sebagai bukti penyertaan. Jika saya bertuah saya nak hadiah dari (RUSIA @ MESIR ) sebagai hadiah.TQ! (^^,)
 6. Senang sahaja kan? (^^,)v

Tarikh Tutup untuk Give Away ini adalah pada

31 Julai 2010 (12.00 PM)

Jom ramai2 join Give Away nie. Selamat berjaya kepada semua peserta! 





Saturday, July 3, 2010

AWARD SELEPAS CERITA NI



hari ni..jumaat..sepatutnya hari ni aku tengah sedap rehat kat rumah (padahal tengah sedap tido) tapi kena pulak pergi kursus...apa nk buat kan..memang dah nasib..bila dah kerja kena la ikt peraturan (betol betol betol) hari ni ngan esok aku kena pergi kursus pasal pengurusan stor..lebih kurang macam tu la..tajuk pun dah tak ingat (tu la..tak ambik perhatian sangat)

pagi pagi lagi dah di hidangkan dengan ceramah..aku mendengarnya dengan penuh khsyuk (haha sebenarnya tesengguk sengguk) aku rasa macam dah kembali ke zaman dulu je..zaman aku belajar dulu..dengar lecture...(alaa dulu pun bukan dengar sangat pun..tido jugak.)(betol betol betol)..

waktu yang di tunggu tunggu..makan time..aku pun dengan sopannya pergi ambik lauk (orang yang pertama pg makan)(muka tak malu..haha) lapor giler masa tu..dah la pagi tu makan nasik goreng yang tak ada rasa..rasa tawar je...(eleh ko mkn habis atu pinggang jugak tadi kan..) lepas makan sepinggang tu aku kembali normal (tadi kan tambah dua pinggang) oh ye..tadi aku semapat lagi tambah sikit (sikit apanya...haha)

lepas tu aku pergi masjud...jalan kaki..excersice skit...hehe...time khutbah aku mendengar dengan khusyuk (alaa tido jugak tadi) opss tido kejap je...ngantuk...maklum la baru sudah makan...hehe yang aku dapat point hari ni ialah tok iman tu ckap...lebIh kurang macam ni la.."wahai orang yang tidor..bangunlah dirikan solat" pastu aku tersentak..aku terasa..macam tok iman tu tuju kat aku je (haa tahu pun) aku buka mata.... (pastu tido balik) err tertido..

lemahnya aku..jarang sangat aku pg jumaat tertido masa dengar khutabah..tapi yg ni aku tak dapat tahan..munhkin sebab penangan ayam masak merah tadi..(tu la.kan dah cakap..berhenti sebelum kenyang..makan sebelum lapar)

petang tu...kurang skit ngatuk..aku makan gula gula..pastu ada sesi conteng kertas (ni aku je yang buat..penceramah tengah syok bg ceramah) pastu ada sesi soal jawab..perghh segar mata..hahaha nasib bai aku tak kena soal..(selamat..hehe) petang tu ada LDK...aku buat sebok je..pastu minum petang..balik...

so malam ni aku tak sempat nk balas komen..cuma panaskan badan berjongging kat beberapa blog...esok aku kena pergi kursus lagi..so malam ni kena tido awal...(awal la sangat)..tapi sebelum tu aku nk buat tag sikit...tag yang datangnya dari CIK YUN...thnx for this tag..opss silap..award..hehe




err cik yun..award the cutest blog ever..layak ke blog ni terima...blog ni tak comel pun..tak siap lagi..hehe tapi orang dah bagi tak baik pulak menolak kan..betul tak..hehe thnx again!




Straight to the point :


ceritakan bagaimana usaha korang untuk mencomelkan blog korang.
untuk mencomelkan blog..hmm saya buat pemantauan dari masa ke semasa...bila ada masa lebih baru godek2 blog ni..pastu cuab ambik ilham dari pada blog yang super seniour dan terpakan dalam blog ni..haha baik punya jawapan..
sebenarnya aku nk buat blog ni macam blog dulu..ingat tak blog syair si para para yang dulu..yang warna hitam dan putih..aku suka blog tu...sekarang aku nk cuba buat balik..hehehe mugkin ada yang tak perasan..ok dah la tu..pjg pulak aku merepek.


website yg korang slalu pegi utk membantu korang mengedit blog.
rasanya banyak jugak..tapi tengok2 je...kadang kadang ambik jugak..tapi dah lupa...hehe sowi..jasamu tetap ku kenang...

tuliskan lima perkataan yang menggambarkan diri korang.

1) cerewet (betol ke?)
2) sederhana (betol betol betol)
3) tak ambik kisah sangat (ada baik ada buruk)
4) tidak tahan tekanan (bos aku yg cakap)
 5)lambat berputus asa (buat selagi mampu walaupun sukar)






Tag kawan2 korang yg korang rasa patut menerima award ini.














Macam biasa la...ini bkn paksaan...kalau sudi amik la yer...TQ.. :) (ayat cik yun ni)

Thursday, July 1, 2010

TENGAH MALAM KU SANGKAKAN SIANG

 gambo kat FB aku


semalam...lepas maghrib je aku terus tido..penat sangat hari tu (alaa padahal tiap tiap petang tido)(weh mana ada..diam2 suda)..sedar tak sedar dah pkul 12 lebih..aku bangun...(sedar tu pun sebab ada org tel)(ye la..yulley tel)..kepala tengah mabok2 lalat lagi...aku terus on lptop...

masa tu rasa macam dah siang jer...tak sedar apa yang berlaku kat luar sana (ye la asyk tido je mana nk tahu)..aku on YM...pastu yulley suh aku bukak Facebook... aku jarang sangat bukak benda ni..kadang kadang je...(bukan tiap tiap malam ke?) owh abaikan perkataan yang berwarna merah tu ye... jom teruskan...(hehe padan muka) yang hijau ni sekali ye.. (oh yeahh haha)

aku on FB..oh alangkah terkejutnya..eh salah...alangkah terharunya aku...first time dapat komen bnyk2..(orang panggil komen ke?) (hentam saja lah) semua komen pasal bday aku..sangat2 terharu..(alaa jiwang la pulak) tak pernah lagi seramai tu org wish aku.. (alah bukan ramai sangat pun) )(biar je la dia nk layan perasaan) apa apa pun aku ucap terima kasih banyak2 kat korang sebab tak lupakan aku..walaupun aku lupakan korang (ish yg ni mmg kejam)..

semoga kita semua menjadi lebih mendapat rahmat kasih dari ilahi seirng bertambahnya usia kita..(amin..)(amin..)

Wednesday, June 30, 2010

Painting Da' Rainbow Giveaway


cara nk join..

1.  Jadi follower blog teman nih
2.  Buat simple entry berkenaan giveaway teman nih yang bertajuk : PAINTING DA' RAINBOW
3.  Upload banner kat entry & sidebar & link kan kat entry nih
4.  Tulis komen " SAYA DAH JOIN " , tinggalkan link dan email untuk memudahkan pemberian hadiah giveaway teman nih nanti ye..

Jadi,..teman ucapkan semoga berjaya pada semua peserta!! 



harap harap sempat lagi la..hehe


Tuesday, June 29, 2010

TENTANG HIDUP DAN PERSAHABATAN



"apa? dah tak ada????......."


dulu..kita pernah belajar satu sekolah..
tapi kau seniour aku..aku juniour...tapi tak kesah la kan..
kita saling berkawan..kau ok..baik....
kita duduk satu asrama..tapi aku lupa kau bilik mana..
yang aku tahu kau tak sombong...tak macam yang lain..
tapi yang lain ada jugak yang ok...
kita cuma kawan je...kadang kadang kita jumpa..
lepas tu aku tak tahu kau kemana..
tamat sekolah..kita memang tak jumpa..
cuma dengar dengar berita..kau pun sambung belajar...
aku tak tahu kos apa..tapi kau nk jadi guru bi...
aku sambung diploma...habis...aku prektikal...
aku jumpa kau kat hospital...dah lama aku tak jumpa..
dalam 3 tahun kot..entah aku pun tak ingat..
kau sakit?? diabetis? hmm tu semua dugaan kan...
tapi sekarang kau sambung degree..tahniah...
beberapa bulan lepas tu kita jumpa masa balik kerja..
kita cakap cakap kejap masa lampu tengah merah..
kau masih macam dulu...tapi sakit kau dah sampai tahap teruk jugak..
mata dah kabur..kena cucuk insulin..aku tak ambil berat sangat...
cuma aku bersimpati..betul..aku sedih jugak..
tapi penyakit tu DIA yang bagi..mesti ada hikmah...
terbaru..aku baca kat facebook..kau xcdent..koma...
ya allah..kawan aku....aku berdoa...
sehari lepas tu..kawan baik aku tel..cakap kau dah tak ada..
innalillahiwainnailaihirajiun...
tak sangka kan..kejap je hidup ni...
dulu kita bersama sama..berkawan..tapi sekarang kau dah pergi dulu...
aku...aku pasti akan pergi jugak...tapi..tak tahu..masa..tempat...
aku doakan kau bahagia dan aman di sana...
mudah mudahan aku nanti pergi dengan keadaan yang tenang.....


sahabatmu......


27/06/2010

Monday, March 1, 2010

MUNIR - MELUKIS



cikgu: hari ni cikgu nak kamu semua melukis..

murid: lukis apa cikgu..???

cikgu: emmm tajuk bebas....

murid: baik cikgu..!!

20minit kemudian.

cikgu: kereta apa yang kamu lukis ni abu..?

abu: kereta lembu cikgu..

cikgu: mana lembunya..??

abu: lembu sakit perut cikgu...dia pergi klinik jumpa doktor..

cikgu: ada ada je kamu ni abu...munir, kamu lukis gambar apa?

munir: rahsia..mana boleh bagitahu cikgu...

cikgu: bak sini cikgu tengok....kamu lukis muka sape ni munir..?? hudoh bebenor rupanya...

munir: errr gambar cikgu...

cikgu:..........#$??

Sunday, February 28, 2010

Album kenangan



hari ini aku membelek belek album gambar...

gambar yang lama lama aku letak dalam album baru...
dari situ aku dapat katakan bahawa..

hidup ini terlalu pantas...

dari aku kecik..hinggalah sekarang...

macam baru semalam je semua tu berlaku...


bila tengak gambar lama lama ni rasa kelakar pun ada...

ye la...zaman kecik kecik dulu...
setiap perjalan hidup di belek satu persatu...

ada yang telah pergi...


macam baru semalam je kau bersama kami...


nanti bila aku panjang umur..

pasti aku akan belek lagi...

dan masa tu mungkin aku tunjuk kat anak anak...
dan mugkin masa tu makin ramai yang pergi...

waktu itu mungkin aku dapat rasa..

betapa singkatnya hidup kita....


kalau sempat dan aku belum nyanyuk...

pasti aku akan kenang kembali...

saat indah aku sekarang...
saat indah ada orang tersayang di sisi...

kerana mungkin masa tu mereka dah tak ada lagi...


Berwaspadalah

hari ini....celik je mata semua dah tersedia...
nak makan mudah..ada makanan segera...

semua keperluan hidup lengkap sempurna...


tapi kadang kadang dalam berhati hati kita...
masih lagi kita terlepas pandang...

banyak makan yang kita makan seharian belum terjamin halal..
walaupun terang terang ada logo halal...

rasanya kita masih tak lupa..

tentang sosej yang di campur dengan binatang yang haram...najis...
lupakah kita tentang ubat gigi yang mengandungi benda haram..

ingatkah kita tentang makanan yang mengandungi lemak binatang haram...
makanan ringan..air soya...sabun..
ayam yang tidak di sembelih dengan cara betul...
enakkah kita memakan bangkai?
berselerakah kita memakan sebahagia daripada binatang haram?


binatang haram - babi aka khinzik


tapi yang peliknya..
semua tu kita hadap hari hari...

kita makan..minum..guna..pakai...
mengapa pihak tertentu terlepas pangang?
atau memang tidak membuat pemeriksaan?

itulah kelemahan kita...
kita menerima pakai produk terus dari luar...
kadang kadang ada yang terang terang barang tu tak halal..
ada jugak yang mengelirukan kita...

contohnya...pada bahan bahan makanan...
tidak di tulis sebarang bahan yang meragukan...


tapi bila di siasat dan di kaji..

terbukti mengandungi benda haram...
kalau di hitung dan di kira...
mungkin dah seekor babi di dalam badan kita...
hari hari makan benda haram...
hari hari makan bintang haram....

sikit sikit lama lama jadi banyak - seekor babi


kesannya....darah daging kita bercampur yang haram....
diri menjadi malas untuk taat pada pencipta...
lihat sahaja lah sekarng...
berapa kerat golongan muda yang setia ke surau masjid...
berapa kerat yang betul betul menajadi hamba...
keruntuhan moral dan akhlak semakin menjadi jadi..
salah siapa? diri? keluarga? masyarakat? pemimpin?

sesungguhnya tiap yang haram akan di bakar di dalam api yang panas menjulang..

mungkin inilah senjata baru yang di gunakan tentera dajjal untuk melemahkan kita...
membuat kita mwnjadi leka...lupa pada agama....
kita menjadi lemah apabila di sogokkan dengan kemewahan...
mereka telah menlekakan kita secara halus..
mereka sedang menghancurkan kita secara diam diam..

ingatlah kita kepada pesan baginda saw....

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."





berwaspadalah kita..kerana syaitan dam musuk kita tidak akan senang melihat kita senang...mereka akan melakukan apa sahaja sehingga kita mengikut telunjuk mereka..sehingga kita lupa pada Yang Maha Esa...

Friday, February 26, 2010

Yang terpuji


Kejahilan telah menyelubungi
Di dalam gelap mereka mencari
Sinar cahaya menerangi
Namun akhirnya tak ketemui
Sehinggalah kau menjelma
Hadirmu yang telah di jangka
Sudah lama mereka menanti
Lahirnya insan berhati suci

Kau bersinar tanpa matahari
Kau berkilau tanpa rembulan
Kau berkelip tanpa bintang
Hatimu bercahaya terangi semua
Engkaulah insan yang mulia

Sudah semuanya tahu
Sifatmu tulus terpuji
Sudah semuanya tahu
Akhlakmu indah sekali

selawatku ke atasmu
sebagai tanda cinta padamu

Thursday, February 25, 2010

Munir - transformasi



cikgu: murid murid..sape tahu apa tu maksud transformasi..?

murid: semua membisu..

cikgu: haa kamu munir..jawab...

munir: errr...transformasi ialah seekor robot yang boleh bertukar tukar...adik kepada transfomers cikgu...

cikgu: kamu berdiri atas meja.

Sunday, February 21, 2010

Yang ada akhirnya


entah mengapa..sejak akhir akhir ini aku menjadi malas untuk menulis di blog ini..aku lebih suka membiarkannya sepi dari sakit hati..sakit hati bukan kerana kelembapan ekonomi...tetapi kerana kelembapan internet tahap cipan...mungkon blog usang ini akan terus di biarkan sepi untuk seberapa seketika...atau untuk selamanya...

Saturday, February 13, 2010

Tidur tidurlah


Rahsia Tidur Rasulullah S.A.W.


Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi
hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat
manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Wallahu'alam.

Sebagai panduan

DALAM satu wawancara di antara Rasulullah SAW dengan setiausaha sulitnya Huzaifah Al-Yamani antara lain, berkata Huzaifah: "Orang selalu bertanya nabi akan kebaikan tetapi aku bertanya baginda tentang keburukan, kerana aku bimbang akan terjerumus kedalamnya. Aku (Huzaifah) bertanya: "Wahai Rasulullah kami dahulu nya berada dalam kejahilan dan keburukan, maka lalu Allah mendatangkan kami kebaikan ini (Islam). Maka apakah selepas kebaikan ini akan berlaku keburukan pula?" Rasulullah saw menjawab: "Ya (berlaku pula keburukan)",


Maka aku bertanya lagi: "Apakah selepas keburukan itu ada pula kebaikan?" Rasulullah saw menjawab: "Ya, akan tetapi di dalamnya (kebaikan itu) ada lagi keburukan yang terpendam". Huzaifah bertanya lagi: "Apakah yang dikatakan keburukan yang terpendam itu wahai Rasuluilah?". Rasulullah bersabda: "Terdapatnya suatu kaum yang tidak lagi mengikuti sunnah aku dan tidak pula menerima pakai hidayah dan petunjuk yang aku bawa. Kamu kenal mereka dan kamu mencegahnya",

Huzaifah bertanya lagi: "Apakah selepas kebaikan itu berlaku pula keburukan?", Rasulullah saw menjawab: "Ya, Kamu akan dapati para pejuang yang sedang berada diambang pintu neraka jahanam. Sesiapa yang mengikut mereka akan diheret ke dalam neraka", Huzaifah berkata lagi: "Beritahu kami ya Rasulullah apakah sifat sifat mereka itu?". Rasulullah SAW menjawab: "Mereka dari keturunan kita dan bercakap dalam bahasa kita", Huzaifah bertanya lagi: "Apakah arahan kamu kepada kami jika keadaan itu menimpa kami?", Rasulullah saw bersabda: "Kamu wajib bersama-sama jemaah muslimin dan kepimpinan mereka".

Huzaifah bertanya lagi: "Jika pada waktu itu tidak ada jemaah muslimin dan tidak ada pula pimpinan mereka?". Rasulullah SAW pula bersabda: "Maka hendaklah kamu mengasingkan diri daripada kumpulan-kumpulan itu semuanya (kumpulan yang tidak menerima pakai sunnah Rasulullah saw dan kumpulan yang sedang berada diambang pintu neraka jahanam) walaupun (dengan sebab itu) kamu terpaksa memakan akar-akar kayu sehingga kamu mati dalam keadaan begitu. - (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

David Beckham dan Identiti Keyahudiannya

davidbeckham_fun

Sudah ramai yang mengetahui bahawa bintang bola sepak antarabangsa, David Beckham adalah berbangsa Yahudi walaupun tidak kelihatan imej-imej keyahudiannya di khalayak ramai.

Tetapi beliau tidak dapat menyembunyikan identiti Yahudinya apabila menghadiri upacara pengekebumian datuknya, Joe West di tanah perkuburan Golden Green, North London. Beckham hadir bersama isterinya Victoria Beckham sambil memakai yarmulk biru iaitu ketayap kecil orang Yahudi.

beckham_funeral0001

beckham_funeral0002



oleh http://ibnuyaacob.com/?p=1385#more-1385

Monday, February 8, 2010

3 penunggu

gambar ini di ambil secara tidak sengaja...


















########################################

















amaran!!



















######################################


















sesiapa yang lemah semangat di galakkan tidak melihat gambar di bawah




















#############################################




















sebarang kesan buruk yang berlaku hendaklah di tanggung sendiri






















##############################################




























3 penunggu.........






























moral: makanlah buah buahan tempatan...

Sunday, February 7, 2010

Pertanyaan Iblis


Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.


1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "




2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membeli belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."




3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).


4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yang berkaitan dengannya)"


5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."




6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."




7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)




8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."


9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."


10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah."



BERPASANGAN DALAM PENCIPTAAN

BERPASANGAN DALAM PENCIPTAAN"Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui". (Surah Yaasin: 36)

Sekalipun konsep 'berpasang-pasangan' secara umumnya difahami untuk lelaki dan wanita, kenyataan mengenai 'dari benda yang tidak diketahui oleh mereka' mempunyai implikasi yang luas. Hari ini, satu dari implikasi ayat ini telah di dedahkan. Seorang saintis berbangsa british Paul Dirac, yang mengusulkan bahawa zarah diciptakan berpasang-pasangan, telah dianugerahkan hadiah nobel dalam bidang fizik pada tahun 1933. Penemuan ini dinamakan Parite, menyatakan bahawa setiap zarah berpasangan dengan zarah yang berlainan dengannya iaitu anti-zarah. Anti-zarah mengandungi sifat yang bertentangan dengan sesuatu zarah. Sebagai contoh, bertentangan dengan zarah, anti-zarah bagi elektron adalah bercas positif (positron) dan anti zarah bagi proton adalah bercas negatif (antiproton). Fakta ini dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;

RELATIVITI MASA

Hari ini, konsep relativiti masa adalah merupakan satu fakta saintifik yang telah pun dibuktikan. Hal ini telah di dedahkan melalui Teori Relativiti Einstein seawal abad ke 20. Sebelum itu, manusia tidak mengetahui bahawa masa adalah satu konsep yang bersifat relatif, dan bahawa ianya boleh berubah bergantung kepada persekitaran. Akhirnya, saintis agung Albert Einstein secara terbuka membuktikan fakta ini melalui teori relativitinya. Dia menunjukkan bahawa masa adalah bebas dari jisim dan halaju. Dalam sejarah manusia, tiada seorang pun yang pernah menjelaskan fakta ini secara nyata. Meskipun dengan satu pengecualian; Al-Qur'an telah pun memuatkan maklumat mengenai kerelatifan masa!! Beberapa ayat mengenai subjek ini berbunyi.

RELATIVITI MASA"Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjinya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung. (Surah Al-Hadid: 47)

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu saat yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu". Surah As-Sajadah: 5)

"Para malaikat dan Jibril naik kepada Tuhan dalam sehari yang kadanya lima puluh ribu tahun". (Surah Al-Ma'arij: 4)

Dalam setengah ayat, ianya dijelaskan bahawa manusia merasakan masa secara berbeza dan kadang-kadang mereka boleh merasa suatu masa yang singkat seolah-olah suatu masa yang panjang. Perbualan manusia berikut yang terjadi sewaktu pengadilan mereka di Hari Kemudian adalah satu contoh yang baik dalam hal ini.

"Allah berkata: berapa tahun lamanya kamu tinggal dibumi?. Sahut mereka itu: kami tinggal sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitungnya. Allah berkata: Kamu tiada tinggal (di dunia) melainkan sebentar saja jika kamu mengetahuinya. Surah Al-Mukminun: 112-114.

Fakta mengenai kerelatifan masa adalah sangat jelas disebutkan di dalam Al-Qur'an, yang dinyatakan pada tahun 610 adalah satu lagi bukti bahawa Al-Qur'an adalah sebuah kitab suci.

KADAR HUJAN

Satu dari butir maklumat yang diberikan dalam Al-Qur'an mengenai hujan ialah penurunan hujan dalam kadar tertentu. Hal ini disebutkan dalam surah az-Zukhruf sebagai berikut;

Dan Yang menurunkan air dari langit dengan kadar (tertentu) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati ..Surah Zukhruf;11

Kuantiti yang diukur dalam hujan telah ditemui oleh kajian moden. Satu anggaran yang telah dibuat iaitu setiap satu saat, dianggarkan 16 juta tan air mengewap dari permukaan bumi. Jumlah air yang mengewap dalam setahun lebih kurang 513 juta tan. Angka ini bersamaan dengan jumlah hujan yang turun ke bumi dalam setahun. Ini bererti air secara berterusan dikitarkan dalam satu kitaran yang seimbang, dalam satu 'kadar'. Hidupan dalam bumi bergantung kepada kitaran air ini. Sekalipun dengan menggunakan teknologi yang paling maju dalam dunia, mereka tidak akan mampu untuk menghasilkan kitaran ini secara tiruan.

Hanya dengan sedikit kekurangan dalam keseimbangan ini mampu untuk menimbulkan kecelaruan ekologikal yang besar yang akan memusnahkan hidupan dalam dunia. Bagaimanapun fenomena kitaran ini masih stabil dan hujan tetap turun dalam kadar kuantiti yang tepat seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur'an.

FORMASI HUJAN

Bagaimana pembentukan hujan kekal sebagai misteri besar untuk beberapa lama. Hanya setelah penciptaan radar cuaca barulah peringkat-peringkat pembentukan hujan dapat di ketahui.

Berdasarkan hal ini, pembentukan hujan terjadi dalam 3 peringkat. Pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya titisan hujan pun timbul.

PenilaiAn Al-Qur'an mengenai formasi hujan merujuk secara tepat kepada proses ini. Dalam sepotong ayat, pembentukan ini diterangkan sebagai berikut.

FORMASI HUJAN"Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)

Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan.

Sepertimana yang kita lihat, setiap peringkat dalam pembentukan hujan adalah berkaitan dengan ayat-ayat di dalam Al-Qur'an. Selanjutnya, semua peringkat ini diterangkan secara tepat dengan tertib yang tepat. Sama seperti fenomena semulajadi yang lain yang berlaku di bumi. Tuhan memberikan penjelasan yang paling tepat seperti fenomena-fenomena ini dan memaklumkan kepada manusia di dalam kitab Al-Qur'an beberapa abad sebelum ianya diketahui. Dalam ayat lain, maklumat berikut diterangkan mengenai pembentukan hujan;

"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah juga menurunkan (butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung maka ditimpakanNya ais itu kepada siapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya siapa yang dihendakiNya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. (Surah An-Nur: 43)

Para saintis yang mengkaji jenis-jenis awan menemui keputusan yang amat mengejutkan berkenaan dengan formasi gumpalan awan hujan. Gumpalan-gumpalan awan terbentuk berdasarkan kepada susunan dan peringakat yang amat jelas. Peringkat pembentukan awan Kumulonimbus, satu jenis dari awan seperti beriku.

FORMASI HUJAN2Digerakkan dengan tiupan angin: gumpalan awan yang bergerak bersama iaitu digerakkan dengan tiupan angin.

Berkumpul- kemudiannya, awan-awan yang kecil (awan kumulus) yang digerakkan oleh angin berkumpul bersama, membentuk gumpalan yang lebih besar. 94)

3) Melonggok- apabila awan-awan kecil telah berkumpul, rangka dalam lingkungan awan yang lebih besar bertambah. Rangka yang berada dekat dengan pusat awan adalah lebih kukuh berbanding yang berada di tepi rangka-rangka ini menyebabkan awan berkembang secara menegak, dan menyebabkan gumpalan awan berlonggok-longok. Perkembangan menegak ini menyebabkn jasad awak menganjur dalam ke bahagian yang lebih sejuk di dalam atmosfera. Di mana titisan air dan awan membentuk dan mula mengembang dengan lebih besar lagi. Apabila titisan air dan ais ini menjadi lebih berat sehingga gagal untuk ditampung oleh rangka di mana mereka terletak akhirnya mereka akan gugur dari gumpalan awan sebagai hujan, ais dan lain-lain.

Suatu yang harus diingat bahawa pakar meteorologi hanya mengetahui maklumat terperinci pembentukan hujan, struktur dan fungsinya hanya di akhir-akhir ini dan melalui peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, computer dan lain-lain. Ianya adalah bukti bahawa Tuhan telah memberikan kita cebisan maklumat yang tidak diketahui 1400 tahun dahulu.





http://www.harunyahya.com/

Azan





Abdullah bin Umar r.a berkata: "sewaktu kaum muslimin tiba tidak lama di Madinah, mereka berkumpul beramai-ramai untuk mengerjakan solat. Oleh kerana di waktu itu belum lagi ada satu cara pun untuk memanggil orang mengerjakan solat, lalu mereka pun bermesyuarat membicarakan tentang cara untuk tentang cara untuk memberitahu orang bahawa waktu solat telah tiba.


Dalam masa mesyuarat itu ada orang yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani dan ada pula yang mencadangkan supaya meniup seruling yang dilakukan oleh orang0orang Yahudi. Abdullah bin Umar r.a berkata lagi: "Setelah mendengar cadangan dari beberapa orang maka Umar r.a berkata,"kenapa kita tidak tidak suruh seseorang untuk mengajak mengerjakan solat". Setelah Rasulullah s.a.w mendengar pelbagai cadangan maka Rasulullah pun berkata kepada Bilal bin Rabbah r.a : Wahai Bilal! Berdirilah kamu dan panggil orang untuk mengerjakan saolat". Selepas itu Rasulullah pun mengajarkan cara azan kepada Bilal r.a dan cara itu kekal hingga ke hari ini.


Huraian

Ketika orang-orang Islam masih sedikit jumlahnya, kesulitan tidak timbul untuk mereka berkumpul bersama-sama bagi menunaikan solat secara berjemaah. Namun semakin hari semakin ramai bilangan orang-orang Islam sehingga timbullah masalah untuk memanggil atau mengingatkan mereka untuk menunaikan solat pada waktunya, kerana setiap orang mempunyai potensi terhadap kealpaan ataupun kelalaian pada diri masing-masing disebabkan oleh berbagai-bagai urusan kehidupan yang dijalani mereka.


Oleh sebab itu wujudlah mesyuarat yang membincangkan tentang keperluan bagaimana cara yang harus dilakukan untuk mengingat dan memanggil semua orang untuk solat tepat pada waktunya. Ada banyak cadangan yang diusulkan seperti yang diceritakan di dalam hadis.


Salah satu daripada usul itu datang dari Umar r.a yang mencadangkan agar ditunjuk seseorang yang bertindak sebagai pemanggil kaum Muslim untuk solat pada setiap masuknya waktu solat. Saranan ini kebanyakannya dipersetujui oleh semua orang, termasuk Rasulullah s.a.w. memandangkan banyak cadangan-cadangan yang lain lebih mirip kepada kaum kafir.


Namun yang menjadi persoalannya kini ialah bagaimana perlaksanaannya? Abu Dawud mengisahkan bahawa Abdullah bin Zaid r.a meriwayatkan :"Ketika cara memanggil kaum Muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidur aku bermimpi melihat ada seseorang sedang memegang sebuah loceng.


Aku dekati orang itu dan bertanya kepadanya apakah ia ada maksud hendak menjual loceng itu. Jika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepada aku saja. Orang tersebut malah bertanya," Untuk apa ? Aku menjawabnya, "Bahawa dengan membunyikan loceng itu, kami dapat memanggil kaum Muslimin untuk menunaikan solat." Orang itu berkata lagi, "Adakah kau mahu jika ku ajarkan cara yang lebih baik ?" Dan aku menjawab " Ya !"Lalu dia berkata lagi, dan kali ini dengan suara yang amat lantang , " Allahu Akbar, Allahu Akbar.."


Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan perihal mimpi itu kepada baginda. Dan baginda bersabda: "Itu mimpi yang sebetulnya nyata. Berdirilah di samping Bilal dan ajarkan dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat lantang." Lalu aku pun melakukan hal itu bersama Bilal."


Rupanya, mimpi yang serupa dialami pula oleh Umar r.a, beliau juga menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w bersyukur kepada Allah SWT di atas semua petunjuk tersebut. Azan mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah. Bilal r. a. telah menambah pada azan subuh dengan lafaz "As solatu khairuminan naum." ( Sembahyang itu lebih baik daripada tidur). Dan ia dipersetujui oleh Rasulullah saw. Apabila tiba bulan ramadhan , Rasulullah saw. telah menyuruh azan dua kali pada waktu subuh.


Azan yang pertama bagi mengingatkan orang Islam supaya bersahur. Ada pun azan pada sembahyang jumaat sekali sahaja , sehingga zaman Khalifah Saidina Osman r. a. Apabila manusia bertambah ramai dan ada yang masih leka selepas azan zuhur maka Saidina Osman r. a. memerintahkan diazankan sekali lagi apabila imam menaiki mimbar.






Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaran sehingga tidak mendengarnya lagi. Setelah azan selesai, dia kembali lagi untuk menghasut. Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan lari sehingga tidak mendegarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia kembali sekali lagi untuk menghasut

Hikmah tidah berbohong


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata : "Ya Rasulullah.

Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya. Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras.

Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya : "Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu." Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek. "Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata : "Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga." Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya.

Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.


Raja rimba

Beruang : "sekali je aku mengaum, seluruh hutan menggigil."



Singa
: "ek eleh, sekali je aku mengaum semua belantara ketakutan."





Babi: "Wa La Weh.... sekali je aku batuk, satu dunia panik!"







http://malaysiasensasi.blogspot.com/

Saturday, February 6, 2010

Makan ubat



ada seorang wanita muda cantik datang berjumpa doktor untuk mengadu tentang kesihatannya.

setelah di periksa......


doktor: cik makan ubat yang warna biru ni 2 bijik waktu pagi dengan 2 gelas air kosong...

perempuan cantik: yang kuning ni?

doktor: yang kuning pun 2 bijik tapi dengan 3 gelas air kosong...

perempuan cantik: merah?

doktor: haa yang merah pun 2 bijik dengan 2 gelas air kosong....faham?

perempuan cantik: err doktor...apa sebenarnya sakit saya ni..??

doktor: tak ada apa.....cuma kamu kurang minum air...


moral: dengarlah nasihat doktor

Gasaklah

ini artikal copy paste bulat bulat...


Bukti' sudah tersedia. Spesimen air mani pada seluar dalam Saiful telah 'disahkan' sebagai air mani Anwar. Masalahnya adalah jika mereka membenarkan pakar asing yang bebas bagi mengaudit dapatan Jabatan Kimia itu, maka akan terbuktilah bahawa spesimen itu berusia sepuluh tahun dan bukannya bertarikh 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Malam tu, mereka berparti sakan. Jabatan Kimia begitu gembira kerana beranggapan bahawa mereka ada kes yang kukuh terhadap Anwar Ibrahim, hinggakan mereka meraikannya.

Parti dengan kos RM25,000 tu ditanggung oleh seorang Individu Baik yang gembira bahawa kali ni, tak seperti perbicaraan yang sebelumnya, Anwar berada dalam tangan mereka.


RM25,000 untuk berparti bukannya banyak sangat jika ia adalah bagi meraikan perkahwinan Perdana Menteri. Tahun lalu, berjuta dibelanjakan bagi perkahwinan Abdullah Ahmad Badawi. RM25,000 juga bukannya banyak sangat bagi meraikan pengambil alihan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri pada tahun 2010. Malah Rosmah Mansor membelanjakan lebih daripada tu untuk membeli beg tangan. Tetapi RM25,000 sememangnya jumlah yang besar bagi merayakan 'kejayaan' Jabatan Kimia menjerat Anwar.

Tetapi mengapakah Individu Baik tu perlu membiayai parti RM25,000 untuk kakitangan Jabatan Kimia? Nak raikan apanya? Adakah mereka akan membelanjakan RM25,000 setiap kali mereka berjaya menyelesaikan sesuatu kes? Atau adakah ini parti ‘sekali seumur hidup’ atas kejayaan mereka menjumpai ‘bukti’ bagi menghantar Anwar ke penjara selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun, yang akan memastikan bahawa beliau takkan dapat membentuk kerajaan Persekutuan yang baru pada 16 September 2008?

Eh, tunggu kejap. Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi berkata bahawa Anwar perlu memberikan profil DNA ‘barunya’. Menurut Abdullah, profil DNA tahun 1998 yang disimpan polis adalah 'terlalu tua'. Pada masa yang sama, polis pula berkata bahawa jika Anwar menolak untuk memberikan profil DNA ‘barunya’, maka mereka akan mendapatkan perintah mahkamah bagi memaksanya berbuat demikian. Mmm… ada banyak yang tak kena, ni.

Pertama sekali, kalau Jabatan Kimia sudah mempunyai kes yang kukuh terhadap Anwar, maka mengapakah mereka memerlukan profil DNA Anwar yang baru? Kita perlu sedar bahawa profil DNA takkan pernah berubah. Kalau ya, maka adakah polis juga perlu mendapatkan cap jari Anwar yang ‘baru’ kerana cap jarinya dah berubah? Hakikatnya adalah cap jari tak pernah berubah sejak kita dilahirkan sampailah saat kematian kita. Hakikat yang sama terpakai bagi profil DNA.

Jika anda masih ingat, kubur Napoleon Bonaparte pernah digali semula. Mereka kemudiannya menjalankan ujian bagi membuktikan bahawa dia telah meninggal akibat keracunan arsenik. Napoleon meninggal dunia pada 5 Mei 1821, iaitu lebih daripada 187 tahun yang lalu. Jadi, logikkah apabila mereka mengatakan bahawa profil DNA Anwar sepuluh tahun yang lalu sudah basi?

Sebenarnya, 'bukti' kukuh yang diperoleh Jabatan Kimia baru-baru ini adalah berdasarkan spesimen Anwar pada tahun 1998. Jadi, mereka memerlukan spesimen baru yang bertarikh 2008. Jika tidak, jika Anwar memohon supaya ‘bukti’ Jabatan Kimia itu diaudit oleh pakar asing yang bebas, maka pakar itu mungkin mendapati bahawa spesimen yang kononnya ‘bukti kukuh’ itu sebenarnya berusia sepuluh tahun, dan bukannya dari insiden 'liwat' 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.

Ya, mereka (para pakar) bukan hanya mampu menentukan sama ada ‘air mani’ yang terdapat pada seluar dalam Saiful itu milik Anwar ataupun tidak, malah mampu menentukan sama ada ia adalah spesimen bertarikh September 1998 ataupun spesimen bertarikh 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.

Bukti' sudah tersedia. Spesimen air mani pada seluar dalam Saiful telah 'disahkan' sebagai air mani Anwar. Masalahnya adalah jika mereka membenarkan pakar asing yang bebas bagi mengaudit dapatan Jabatan Kimia itu, maka akan terbuktilah bahawa spesimen itu berusia sepuluh tahun dan bukannya bertarikh 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa.

Jadi, mereka perlu menukar spesimen September 1998 dengan spesimen baru yang bertarikh Julai 2008. Itulah sebabnya Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Syed Hamid Albar, dan yang lain-lain meminta Anwar supaya memberikan spesimen barunya. Mereka memerlukan spesimen baru ini bagi 'membuktikan' bahawa air mani pada seluar dalam Saiful adalah bertarikh 26 Jun 2008 dan bukannya September 1998. Malah Abdullah sendiri 'mengesahkan' perkara ini apabila dia meminta Anwar memberikan specimen barunya, walhal bagi pemprofilan (profiling) DNA, spesimen lama sudah memadai – tetapi jika ‘bukti’ Jabatan Kimia itu diaudit oleh pakar asing yang bebas, maka akan terbuktilah bahawa spesimen itu berusia sepuluh tahun.

Ya, pada bulan September 1998, mereka sudah pun mengambil spesimen Anwar. Namun mereka tidak boleh menggunakannya sebagai bukti dalam tuduhan liwat terbaru ini. Mereka perlu 'mengemaskinikan' bukti mereka, dan melainkan mereka dapat memaksa Anwar bagi memberikan spesimen baru kepada mereka, maka bukti tu menjadi terlalu lemah. Itulah sebabnya polis terpaksa melepaskan Anwar dengan jaminan polis sehari selepas beliau ditangkap ala filem aksi Hollywood. Mereka hanya ada dua pilihan, iaitu membebaskannya ataupun mendakwanya di mahkamah. Tetapi nak dakwa macam mana kalau bukti tak kukuh? Realitinya adalah ‘bukti’ yang berdasarkan spesimen bertarikh September 1998 tu sememangnya tak kukuh dan takkan membolehkan mereka mendapatkan sabitan. Ini kerana Anwar dituduh meliwat Saiful pada 26 Jun 2008, dan bukannya September 1998.

Nah, sekarang baru anda tahu bagaimana cara dua ekor kucing kurap, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara beroperasi. Kedua-dua ekor kucing kurap inilah yang memalsukan bukti pada tahun 1998, yang mana mengakibatkan Anwar dipenjarakan selama enam tahun. Dengan berkata demikian, adakah saya bersalah atas jenayah hasutan dan fitnah? Ya, tulah yang saya harapkan. Alang-alang, baik saya lakukan satu lagi ‘jenayah’. Saya akan menuduh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara memalsukan bukti dan menakut-nakutkan saksi.

Begini… sebenarnya, mereka meminta seorang doktor dari sebuah hospital bagi melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Saiful. Doktor itu melakukannya dan dalam laporannya, dia mengatakan tiada bukti bahawa Anwar pernah ‘menjolok’ ataupun meliwat pemuda tu. Pihak polis kemudiannya menangkap doktor tu dan menahannya selama tiga hari. Walaupun mereka cuba memaksanya supaya mengubah laporannya bagi membabitkan Anwar, dia enggan melakukannya.

Sehingga ke hari ini, doktor itu tetap bertegas bahawa tiada bukti bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Dia tahu bahawa dia akan ‘kena’ disebabkan ketegasannya, tetapi dia tak peduli. Walau apa pun yang dilakukan kepadanya, dia takkan mengubah laporannya dan mengatakan bahawa Anwar meliwat Saiful. Pihak polis akhirnya terpaksa melepaskan Anwar atas bon peribadi ataupun jaminan polis. Doktor tu enggan mengubah laporannya, manakala Anwar pula enggan memberikan spesimen ‘barunya’.

Bukti' terhadap Anwar tak cukup kukuh. Mereka kini terpaksa mencari cara lain bagi 'membuktikan' bahawa Anwar meliwat Saiful. Sementara itu, lantaran tuduhan saya yang terbaru ni, mari kita tunggu sama ada Peguam Negara akan membuat laporan polis yang lain terhadap saya dan sama ada Ketua Polis Negara akan menangkap saya dan mendakwa saya di mahkamah atas kesalahan menghasut dan jenayah fitnah.

Sekarang ni pun, saya sedang menghadapi empat pertuduhan hasutan dan jenayah fitnah. Dua ataupun tiga pertuduhan lagi, apa salahnya? Ye tak? Sama ada saya dipenjarakan ataupun tidak, tu bukan soalnya. Apa yang penting adalah dunia perlu diberitahu bahawa mereka sekali lagi cuba memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim. Kalau saya terpaksa masuk penjara pun, gasaklah.

ARTIKEL DI ATAS DITERBITKAN PADA 21 JULAI 2008. TAK LAMA SELEPAS TU, SAYA DIPANGGIL KE BUKIT AMAN KERANA MEREKA INGIN 'MENGAMBIL KETERANGAN SAYA' ATAS TUDUHAN MENGHASUT. SAYA ENGGAN MEMBERIKAN KETERANGAN. MAKA POLIS TERPAKSA MEMBEBASKAN SAYA. MEREKA KEMUDIANNYA MENGGELEDAH RUMAH SAYA BAGI MENCARI LAPORAN DOKTOR YANG BERKENAAN DAN MERAMPAS PELBAGAI DOKUMEN. WALAU BAGAIMANAPUN, MEREKA GAGAL MENCARI KOMPUTER SAYA, SEKALIPUN MEREKA MENGGELEDAH SELURUH RUMAH SAYA. TAK SAMPAI DUA BULAN KEMUDIAN, SAYA DITAHAN DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI.



penilaian di tangan anda.....

fikir dan buat keputusan......

Jangan minum

ini bukan iklan berbayar......



06/02/20010...aku buka kalendar cap GIANT....terkejuk ala ala beruk pun ada....
logo minuman setan pun ada dalam rumah aku rupanya....hampeh tul GIANT....










moral: jangan beli barang dengan GIANT lagi...dengan NOBITA tak pe...

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."