DALAM satu wawancara di antara Rasulullah SAW dengan setiausaha sulitnya Huzaifah Al-Yamani antara lain, berkata Huzaifah: "Orang selalu bertanya nabi akan kebaikan tetapi aku bertanya baginda tentang keburukan, kerana aku bimbang akan terjerumus kedalamnya. Aku (Huzaifah) bertanya: "Wahai Rasulullah kami dahulu nya berada dalam kejahilan dan keburukan, maka lalu Allah mendatangkan kami kebaikan ini (Islam). Maka apakah selepas kebaikan ini akan berlaku keburukan pula?" Rasulullah saw menjawab: "Ya (berlaku pula keburukan)",
Maka aku bertanya lagi: "Apakah selepas keburukan itu ada pula kebaikan?" Rasulullah saw menjawab: "Ya, akan tetapi di dalamnya (kebaikan itu) ada lagi keburukan yang terpendam". Huzaifah bertanya lagi: "Apakah yang dikatakan keburukan yang terpendam itu wahai Rasuluilah?". Rasulullah bersabda: "Terdapatnya suatu kaum yang tidak lagi mengikuti sunnah aku dan tidak pula menerima pakai hidayah dan petunjuk yang aku bawa. Kamu kenal mereka dan kamu mencegahnya",
Huzaifah bertanya lagi: "Apakah selepas kebaikan itu berlaku pula keburukan?", Rasulullah saw menjawab: "Ya, Kamu akan dapati para pejuang yang sedang berada diambang pintu neraka jahanam. Sesiapa yang mengikut mereka akan diheret ke dalam neraka", Huzaifah berkata lagi: "Beritahu kami ya Rasulullah apakah sifat sifat mereka itu?". Rasulullah SAW menjawab: "Mereka dari keturunan kita dan bercakap dalam bahasa kita", Huzaifah bertanya lagi: "Apakah arahan kamu kepada kami jika keadaan itu menimpa kami?", Rasulullah saw bersabda: "Kamu wajib bersama-sama jemaah muslimin dan kepimpinan mereka".
Huzaifah bertanya lagi: "Jika pada waktu itu tidak ada jemaah muslimin dan tidak ada pula pimpinan mereka?". Rasulullah SAW pula bersabda: "Maka hendaklah kamu mengasingkan diri daripada kumpulan-kumpulan itu semuanya (kumpulan yang tidak menerima pakai sunnah Rasulullah saw dan kumpulan yang sedang berada diambang pintu neraka jahanam) walaupun (dengan sebab itu) kamu terpaksa memakan akar-akar kayu sehingga kamu mati dalam keadaan begitu. - (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Saturday, February 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
No comments:
Post a Comment