Perjalanan hidupku tak pernah jemu Merentas masa dari langkah pertama Semakin dewasa semakin kecil dunia Semuanya didalam gengamanku
Aku tahu apa yang ada disana Tapi tak siapa tahu apa yang ada didalam hatimu Mungkin aku terlupa pada seseorang disana Namun aku tak pernah lupa segala jasa mereka
Kini aku tahu hidup penuh mencabar Bila ku andaikan bintang itu impianku Namun aku tetap dengan semangatku Kerana inilah jalan yang harus ku lalui
Satu Cara Baru Untuk Menjaga Berat Badan dan Kesihatan Anda.
Berat badan yang unggul akan membuat anda :-
Kelihatan segak
Rasa sihat dan bertenaga
Aktif dan langsing
Berat badan yang melebihi had akan menambah risiko mendapat penyakit diabetes.
TAHU BERAT BADAN ANDA
Pakar-pakar kesihatan menggunakan pengukuran saintifik yang dikenali “Body Mass Index” (BMI) (Index Jisim Badan) untuk mengukur samada berat badan anda unggul/ideal atau tidak.
Anda boleh mengira tahap BMI anda dengan menggunakan formula ini :
BMI = Berat Badan (kg)
Tinggi (m) X Tinggi (m)
Tahap BMI yang sihat ialah antara 18.5 hingga kurang dari 25.
Sekiranya BMI anda berada pada tahap
Apakah Kedudukan berat badan anda ?
Kurang dari 18.5
Kurang berat
18.5 hingga kurang dari 25
Berat yang unggul/ideal
25 hingga kurang dari 30
Berat yang berlebihan
30 atau lebih
Terlalu berat/obese
BMI hanya boleh digunakan untuk orang dewasa yang berumur 16-64 tahun. Ini adalah kerana golongan dewasa mempunyai saiz dan komposisi yang lebih stabil.
BENTUK BADAN
(Nisbah Pinggang-Pinggul)
Jika ukuran pinggang anda lebih lebar dari pinggul, anda mempunyai risiko untuk mendapat penyakit Diabetes. Diabetes dikaitkan dengan berat badan berlebihan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai lemak di sekitar perut.
Ketahui Nisbah Pinggang-Pinggul Anda
Ukur pinggang anda dibahagian paling ramping. Jika anda mempunyai masaalah untuk menentukan kedudukan di bahagian pinggang tersebut, ukurnya di paras pusat.
Ukur pinggul anda dibahagian yang paling besar atau lebar.
Nisbah Pinggang-Pinggul Yang Sihat:-
Perempuan : kurang dari 0.8
Lelaki: kurang dari 0.9
LANGKAH UNTUK MENCAPAI BERAT BADAN UNGGUL
Sekiranya BMI anda menunjukkan bahawa anda berada lebih dari tahap berat badan yang unggul, maka anda boleh memilih cara mengawal pemakanan yang sihat dan digabungkan dengan senaman yang teratur.
Mengamalkan Pemakan Yang Sihat
Memakan makanan yang berbagai jenis seperti memilih makan dari kumpulan bijirin, kekacang, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Tambahkan makanan jenis serat (fiber) – lebihkan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan kuning, kekacang dan bijirin.
Kurangkan memakan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi – elakkan memakan makana yang digoreng, pilihlah makanan yang kurang berlemak.
Kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda – elakkan meminum minuman ringan, cordial, biskut, kek, makanan pencuci mulut dan jem.
Makan mengikut peringkat umur dan tahap aktiviti anda.
Makan mengikut masa yang tetap dan elakkan dari memakan snek di antara masa makan.
SENAMAN
Mengamalkan senaman akan menjadikan anda lebih cergas, memberi ketenagan diri dan menolong mengawal berat badan dengan membakar kalori di dalam tubuh anda.
Bagaimana Untuk Bersenam ?
Cara bersenam yang terbaik adalah mengikut Formula F.I.T
Frekuensi (kekerapan). Anda digalakkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti berjalan laju, joging, berbasikal, berenang, senamrobik atau bermain badminton.
Intensit atau sejauh mana tahap keupayaan badan anda untuk bersenam. Sekiranya anda mengalami sesak nafas semasa bersenam, ini bermakna anda melakukan senaman melebihi had keupayaan badan anda. Mulakan senaman anda dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan diri.
Tempoh masa atau berapa lamakah masa yang anda perlu peruntukan untuk senaman. Luangkan masa sekurang-kurangnya selama 15-20 minit untuk bersenam.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Prihatinkah kita?
Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."
"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari
Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah SAW; “ Hai umatku! Aku berwasiat kepada kamu sekalian dengan 5 perkara ~banyakkan olehmu menyebut nama Allah daripada menyebut nama manusia ~banyakkan olehmu menyebut akhirat daripada dunia ~banyakkan olehmu menyebut kejahatan diri sendiri daripada menyebut kebaikan diri sendiri ~banyakkan olehmu menyebut mati daripada hidupmu ~banyakkan olehmu menyebut kecelaan diri sendir daripada menyebut kecelaan orang lain
Berkasih-sayanglah antara kamu sama lain, berusahalah ke arah ikatan sesama kamu. Ia adalah rahsia kekuatanmu, dan tunggak kejayaan kamu. Taubatlah kamu sehingga Allah membuka pintu hati antara kamu terhadap agama yang hak, sesungguhnya Allah Maha Pembuka.