Sekalipun ku lukiskan
Secebis keagungan
Sebagai tanda kesyukuran
Dan juga kekaguman
Sedikitpun tak terbanding
Dengan apa yang ku lukis
Kerana keagunganmu
Lebih dari segalanya
Tak mampu untuk ku bayangkan
Segala nikmatmu tuhan
Banyaknya tak terkira
Bagai bintang di angkasa
Namum masih ada hamba
Miliki hati yang leka
Mengkufuri nikmat kurnia
Limpahan yang maha kaya
No comments:
Post a Comment