Di sinilah tempatku berdiri
Untuk bersujud dan memuji
Mengakui kebesaranMu tuhan
Pemilik semesta alam
Hadirku penuh dengan dosa
Hamba yang bersalah tiap masa
Kurniakanlah aku keampunan
Moga ku temui jalan pulang
Di sana tempat bahagia
Hati dan jiwa tenang sentiasa
Hanya yang terpilih sahaja
Di jemput untuk bersamanya
Gerakkan aku ke rumahMu
Untuk ke sana setiap waktu
Aku rindukan cahayaMu
Terangilah kegelapan jiwaku
No comments:
Post a Comment