ahlan wa sahlan

perhatian

blog ini masih lagi dalam proses baik pulih.
maaf atas segala kesulitan.
harpa maklum.

Friday, September 4, 2009

UNGGUL

BERAT BADAN UNGGUL


Satu Cara Baru Untuk Menjaga Berat Badan dan Kesihatan Anda.


Berat badan yang unggul akan membuat anda :-

  • Kelihatan segak
  • Rasa sihat dan bertenaga
  • Aktif dan langsing



Berat badan yang melebihi had akan menambah risiko mendapat penyakit diabetes.


TAHU BERAT BADAN ANDA

Pakar-pakar kesihatan menggunakan pengukuran saintifik yang dikenali “Body Mass Index” (BMI) (Index Jisim Badan) untuk mengukur samada berat badan anda unggul/ideal atau tidak.

Anda boleh mengira tahap BMI anda dengan menggunakan formula ini :


BMI = Berat Badan (kg)

Tinggi (m) X Tinggi (m)


Tahap BMI yang sihat ialah antara 18.5 hingga kurang dari 25.


Sekiranya BMI anda berada pada tahap

Apakah Kedudukan berat badan anda ?

Kurang dari 18.5

Kurang berat

18.5 hingga kurang dari 25

Berat yang unggul/ideal

25 hingga kurang dari 30

Berat yang berlebihan

30 atau lebih

Terlalu berat/obese


BMI hanya boleh digunakan untuk orang dewasa yang berumur 16-64 tahun. Ini adalah kerana golongan dewasa mempunyai saiz dan komposisi yang lebih stabil.


BENTUK BADAN

(Nisbah Pinggang-Pinggul)


Jika ukuran pinggang anda lebih lebar dari pinggul, anda mempunyai risiko untuk mendapat penyakit Diabetes. Diabetes dikaitkan dengan berat badan berlebihan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai lemak di sekitar perut.


Ketahui Nisbah Pinggang-Pinggul Anda

  • Ukur pinggang anda dibahagian paling ramping. Jika anda mempunyai masaalah untuk menentukan kedudukan di bahagian pinggang tersebut, ukurnya di paras pusat.
  • Ukur pinggul anda dibahagian yang paling besar atau lebar.

Nisbah Pinggang-Pinggul Yang Sihat:-

Perempuan : kurang dari 0.8

Lelaki : kurang dari 0.9



LANGKAH UNTUK MENCAPAI BERAT BADAN UNGGUL

Sekiranya BMI anda menunjukkan bahawa anda berada lebih dari tahap berat badan yang unggul, maka anda boleh memilih cara mengawal pemakanan yang sihat dan digabungkan dengan senaman yang teratur.


Mengamalkan Pemakan Yang Sihat

  • Memakan makanan yang berbagai jenis seperti memilih makan dari kumpulan bijirin, kekacang, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Tambahkan makanan jenis serat (fiber) – lebihkan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan kuning, kekacang dan bijirin.
  • Kurangkan memakan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi – elakkan memakan makana yang digoreng, pilihlah makanan yang kurang berlemak.
  • Kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda – elakkan meminum minuman ringan, cordial, biskut, kek, makanan pencuci mulut dan jem.
  • Makan mengikut peringkat umur dan tahap aktiviti anda.
  • Makan mengikut masa yang tetap dan elakkan dari memakan snek di antara masa makan.



SENAMAN

Mengamalkan senaman akan menjadikan anda lebih cergas, memberi ketenagan diri dan menolong mengawal berat badan dengan membakar kalori di dalam tubuh anda.


Bagaimana Untuk Bersenam ?


Cara bersenam yang terbaik adalah mengikut Formula F.I.T


Frekuensi (kekerapan). Anda digalakkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti berjalan laju, joging, berbasikal, berenang, senamrobik atau bermain badminton.


Intensit atau sejauh mana tahap keupayaan badan anda untuk bersenam. Sekiranya anda mengalami sesak nafas semasa bersenam, ini bermakna anda melakukan senaman melebihi had keupayaan badan anda. Mulakan senaman anda dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan diri.


Tempoh masa atau berapa lamakah masa yang anda perlu peruntukan untuk senaman. Luangkan masa sekurang-kurangnya selama 15-20 minit untuk bersenam.


No comments:

Post a Comment

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."