Monday, December 14, 2009
Solat dan Kesihatan
Sebagai seorang muslim, kita wajib untuk menunaikan solat 5 waktu di samping solat solat sunat yang lain.
Mungkin ramai yang kurang tahu apakah kelebihan solat pada kesihatan kita.
Antaranya kelebihan solat pada kesihatan ialah...
Membaca bacaan-bacaan dalam solat boleh membantu membuang angin dalam badan.
Ruku' dan Sujud membantu melatih aliran darah dalam badan.
Tekanan ibu jari kaki kanan semasa duduk tahiyat akhir membantu aliran darah dalam badan.
Jika anda lupa anda berada dalam rakaat yang keberapa, ini boleh menjadi petunjuk kesihatan anda.
Jika anda mengalami pandangan berbintang selepas ruku' atau sujud, ini menjadi petunjuk kesihatan anda.
Cara anda menegakkan jari telunjuk kanan semasa membaca tahiyat menjadi petunjuk kesihatan seksual anda.
Membaca surah dalam rakaat pertama dan kedua, membaca tahiyat awal di rakaat kedua adalah teknik supaya kita ingat. Kita boleh tiru teknik ini dalam kehidupan seharian untuk mengingat sesuatu.
Toma'ninah adalah baik untuk dicontohi dalam amalan dalam melakukan pekerjaan seharian.
Ini adalah sebahagian daripada kelebihan solat.
Semestinya terdapat banyak lagi kelebihan solat kepada kita.
Akhir kata, solatlah kita sebelum kita di solatkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
No comments:
Post a Comment