ahlan wa sahlan

perhatian

blog ini masih lagi dalam proses baik pulih.
maaf atas segala kesulitan.
harpa maklum.

Friday, February 5, 2010

Ketemu juga akhirnya

2 enjin jet TUDM dicuri ditemui semula





KUALA LUMPUR, Feb 5 - Dua enjin pesawat pejuang F5 milik Tentera Udara Diraja Malaysia, yang dicuri tiga tahun lalu, telah ditemui semula dengan kerjasama kerajaan Uruguay, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Kedua-dua enjin itu diperoleh semula selepas sebulan anggota tentera berpangkat sarjan bersama seorang pengarah syarikat swasta didakwa.

Gani berkata kerajaan Uruguay telah menghantar notis kepada kerajaan Malaysia bahawa ia telah menemui dua enjin jet F-5E.

Katanya kerajaan menangani perkara itu dengan penuh kesungguhan dan sedang mengambil langkah perlu bagi mendapatkan kembali dua enjin berkenaan setelah menerima makluman daripada kerajaan Uruguay tentang penemuannya.

"Kejayaan yang dicapai setakat ini, hingga membawa kepada penemuan dua enjin jet milik TUDM itu, adalah hasil usaha dan kerjasama rapat antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.

Gani berkata kerajaan telah mendapatkan bantuan pihak berkuasa di Uruguay untuk mengesan dua enjin yang dicuri itu yang dipercayai telah dibawa ke Uruguay.

Beliau berkata sebagai pemilik sah enjin jet yang dicuri itu, kerajaan juga menghubungi Kedutaan Uruguay di sini serta Badan Penasihat Pusat bagi Bantuan Perundangan Bersama Uruguay dan telah memberi notis awal berhubung penemuan semula dan penghantaran enjin berkenaan melalui bantuan bersama dalam rejim hal berkaitan jenayah.

Langkah itu sejajar dengan Akta Bantuan Bersama Berkaitan Hal-hal Jenayah 2002, kata beliau.

Abdul Gani juga menyatakan penghargaan beliau terhadap Kedutaan Uruguay di sini, khususnya Duta Besar Pablo Sader, atas segala bantuan yang diberi kepada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia, yang membawa kepada penemuan semula enjin yang dicuri itu.

Dua enjin berkenaan dilaporkan hilang sejak 2007.




bila dah jumpa boleh ambik senang macam tu je ke bawak balik malaysia?

No comments:

Post a Comment

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."