ahlan wa sahlan

perhatian

blog ini masih lagi dalam proses baik pulih.
maaf atas segala kesulitan.
harpa maklum.

Sunday, January 31, 2010

KEAJAIBAN DALAM BESI




Besi adalah satu unsur yang disebutkan dalam Al-Qur'an dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi, kita dikhabarkan;

....Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia....Surah al-Hadid;25.

Perkataan 'diturunkan' khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas difikirkan mempunyai satu pengertian metaforik untuk menerangkan bahawa besi diberikan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud 'secara fizikal diturunkan dari luar angkasa', kita menyedari bahawa ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan.

Ini adalah kerana penemuan astronomi moden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa.


Unsur-unsur berat dalam alam semesta adalah dihasilkan di dalam nuklid bintang besar. Sistem solar kita, bagaimanapun, tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan dalam bintang yang lebih besar daripada matahari, di mana suhu mencecah beratus juta darjah. Apabila amaun besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak dapat lagi menampungnya, dan akhirnya ia meletup dalam satu letupan yang dipanggil 'nova' atau 'supernova'. Sebagai satu hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta, dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala.

Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dihasilkan di dalam bumi, tetapi dibawa dari bintang-bintang yang meletup dalam angkasa melalui meteor, dan telah 'diturunkan ke dalam bumi'. Dalam cara yang persis dengan apa yang dinyatakan dalam ayat; ianya jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara saintifik dalam abad ke, ketika Al-Qur'an diwahyukan.


Demi masa




waktu itu...waktu yang telah lama berlalu....dan waktu kini....saat ini....bagi aku lagu ni antara lagu nasyid yang terbaik....liriknya penuh mesej...lagunya penuh beralun...muziknya....aku fanatik raihan pada masa itu...teringat masa album demi masa ini mula mula keluar....album penuh yang ke 4...aku merompak dengan berbayar di kuala lumpur....rasa puas...untuk album ini jugak aku telah membelinya untuk kedua kali....bagi aku ia berbaloi....hampir semua lagu di dalam album itu melekat di hati...raihan bukan kumpulan nasyid berkiblatkan cinta sesama manusia...tidak seperti kumpulan nasyid yang lain...itu salah satu faktor aku tergila gilakan raihan...tapi itu adalah waktu dulu.....

Kereta


kereta...kereta satu keperluan..kadangkala kereta ni boleh jadi satu yang tak masuk akal....kerana kereta nyawa tergadai...kerana kereta laki bini gaduh...kerena kereta jadi papa kedana kerana kerata boleh jadi gila....


zaman dulu dulu mana ada lagi kereta sport....walhal perkataan sport pun belum di cipta...tapi masa tu bukan tak ada kereta lagi..dah ada...cuma tak la selaju sekarng...dulu kalau 10km/j adalah kereta yang terpantas...kerata ni tak keluar modal besar...minyak pun tak banyak pakai...cukup la dengan rumput rumpai segar...air teh O kalau ada...yang penting kena la ada lembunya....sebab tu orang panggil kereta lembu....tak panggil kereta pak mat atau pak din...
yang ni kena tukar peribahasa...pak din punya kereta lembu dapat nama..




kereta ni memang hebat...ramai yang gila kerananya...ramai yang tergila gilakan kereta ni walaupun memang dah sedar diri tak mampu beli...lain la kalau kucing jiran sebelah rumah tumbuh tanduk...jadi selalu selalukan la intai kucing jiran sebelah...jangan intai anak dara sudah....kereta ni mahal tak la mahal sangat..nak cakap murah tu tak murah jugak...dalam seribu lebih je....opss jangan salah faham..tu harga cermin sisi belah kiri..kalau ada duit lebih boleh la beli sebelah kanan pulak...kalau teringin jugak boleh la pergi kat kedai mainan..sambar la 5 bijik..janji ferrari...



kerata ni memang lasak...tapi kalau masuk PUSPAKOM memang tak lepas....kereta ni memang selamat..maksud aku tak ada orang nak curi...kalau orang tu nak curi jugak memang orang tu kurang waras la....bisanya kereta macam ni berkait rapat dengan orang melayu di kampung kampung....tapi kereta ni dah tahap tukun tiruan sangat....tapi jangan terkejut kalau tengok enjin...enjin baik punya...boleh ganti enjin jet yang hilang tu....selagi enjin hidup selagi tu la kereta ni akan ada kat atas jaln raya...bak kata pepatah kubur kata mari rumah kata pergi....tapi tu la realiti....kalau duit tak ada mana la mampu nak beli kereta lain....ada kereta ni pun dah cukup bagus daripada aku yang tak ada apa apa....



kereta ni ok la....bulan bulan bayar dalam 3 4 ratus....bayar muka 3 4 ribu...bagi yang bergaji sederhana tu boleh la pakai kereta ni..bulan bulan tak besar kena keluar...kalau yang dah ber'anak' 10 tu memang tak sesuai la...yang baru kawin dan anak sorang dua tu sesuai la...tapi kereta ni memang tak boleh lawan kereta yang warna merah kat atas tu..jauh sangat bezanya....jadi pandai pandai la buat keputusan..kalau tak nak jugak pakai motor je la...




yang ini antik punya..sekarang harga pun dah mahal..benda susah nak dapat bisa la...kalau ada sebijik orang nak bagi aku sapu je...kerata ni memang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas la...macam goreng pisang panas gitu...kereta ni istimewa sebab enjin dia tak ada...tak ada kat depan..tapi kat belakang...macam enjin bas jugak la....kereta ni ada sejarah tersendiri....sangat berkait rapat dengan ketua nazi..sebab dia la yang reka kereta ni...kalau tak percaya tanya encik google...



kereta ni sesuai sangat la bagi yang bujang...sesuai jugak kepada pemandu yang kedekut nak bagi member tumpang pergi ke tempat kerja...sesuai sangat la....tapi kereta ni banyak kelebihan..minyak kurang....nak parking pun senang...jalan jem tak ada masalah..cilok je....tapi tiap yang lebih mesti ada yang kurang....kekurangan kereta ni mungkin senang orang nak curi...sekali angkat letak atas lori je...esok pagi pergi keje jalan kaki la...sepanda pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga....



kereta ni pun boleh tahan....member aku ada sorang pakai...gila ah...nak buat macam mana memang nasib dia....aku pun tumpang sekaki naik...memang berbaloi la beli kereta ni...bagi yang tak cukup duit nak beli tu (termasuk aku) jangan sedih sedih....kumpul seringgit sehari...dapat la tu...tu kalau dapat..kalau tak dapat tengok orang bawak je la....



ni kereta baik punya...sesetengah negara buat kereta ni jadi kereta polis....memang mat rempit gerun la...geng geng kereta pun tak berani lawan...malaysia? malaysia tak payah cerita la....kereta ni antara kereta yang termahal dan yang terpantas...boleh la kalau nak pergi johor ke KL dalam masa 2jam....tapi ada duti ke nak beli...jadi mat jenin pun tak ape....tak rugi kalau mimpi naik kereta ni...



kereta ni pun cun....kiranya kalau beli puas hati la....berbaloi baloi...sekali tengok macam pernah tengok kereta ni..tapi kalau model ni skit je ada kat malaysia...yang ni spesel skit....bukan...specel banyak....nak tahu kenapa...cari maklmat sendiri....aku bukannya pandai nk terang bab bab kereta ni....tapi kalau nak beli kena sediakan payung sebelum hujan la..kenapa? fikir la sendiri...









dalam banyak banyak kereta kat atas tu...ada satu yang aku berkenan....

Saturday, January 30, 2010

Bukti

Tadi...sewaktu telah lewat tergelincir matahari....kami selesai berkenduri...aku rebah sendiri..cuaca panas membahang itu semakin menjadi jadi...aku melepaskan lelah di sofa usang...namun hasrat itu tidak tercapai....askar prebet ini tiba tiba menjerit..seolah olah hilang akal...pasti ada sesuatu hasrat di hatinya yang belum tercapai..betul sangkaanku....beliau mahukan playground...ikutkan hati nak je aku tembak dengan senapang gajah...tapi tak sampai hati pulak...
aku terpaksa bergegas ke sana dengan seberapa segera...memandangkan ramai yang lain ingin berehat...aku rela bekorban demi yang lain....kancil yang jinak itu kami tunggangi...aku bersama adikku yang bongsu dan dia terus berangkat....sebelum itu aku singgah sekejap di surau berhampiran....selesai berwudhu...aku bentangkan sejadah...terlihat sesuatu yang tidak enak di pandang di atas lantai....(kebersihan itu sebahagian daripada iman) aku teruskan bersolat....
selesai sudah...aku meneruskan perjalanan yang tidak seberapa jauh itu...aku sempat menjeling...prebet itu begitu bersemangat sekali....aku tidak salahkan naluri beliau...mungkin aku lebih teruk daripada dia masa kecil dahulu....
2minit sebelum sampai....akhirnya....prebet itu tewas...matanya mula kuyu...badannya lemah perlahan lahan....aku hanya mendiamkan diri..tersenyum...hmmm tak sampai jugak hajat prebet ni nak main buai...gelongsor...aku berhenti seketika berhampiran taman tersebut...kalau kalau dia bagun terjaga dari mimpi....boleh dia melepaskan hajat...tapi dia masih terlena...mungkin sedang bermimpi bermain buaian....
aku rakamkan gambar ini sebagai bukti yang "kita" pernah pergi ke sana....












aku kenal benar pak cik di dalam gambar itu...







inilah buktinya.......

Konsert amal?


ribuan insan kerdil hadir..membanjiri padang kecil...dengan satu harapan.....
jumlahnya boleh di katakan seramai 200 orang bagi yang baru pandai mengira...
lensa kamera yang mahal ini masih tidak mampu untuk memuatkan mereka semua di dalam satu gambar...jadi berapakah jumlahnya? mungkin 20o00 orang - terima kasih kepada penulis berita untuk maklumat yang tepat lagi jitu... lepas ni boleh la buka kelas mengira kepada penulis berita tersebut...

meraka hadir untuk apa? konsert? pesta? mungkin....rakyat kelantan memang dari dulu lagi dahagakan konsert...masakan tidak...lihat sahajalah jumlah penonton yang hadir....mengalahkan perhimpunan pagi di sekolah menengah.... artis tersohor barangkali...ziana zain? mungkin juga....
tapi kenapa penonton berkopiah putih? mana perginya topi? rambut pacak...
pelik....konsert apakah ini....mungkin konsert amal....berhibur sambil beramal....









nampak macam orang tengah solat....solat? oh ya...konsert berhibur sambil beramal mungkin macam ni...sebelum konsert bermula mereka solat dulu...bagus....jarang kita tengok sebarang konsert di mulakan dengan solat...mungkin sebab konsert ini diadakan di kelantan..negeri serambi makkah....kalau konsert ini di terengganu atau di negeri lain mungkin penonton di minta solat terlebih dahulu di rumah masing masing.....tapi yang ini berbeza....berbeza sekali....










nik aziz? MB kelantan pun turut serta....hebat....jarang sekali kita lihat MB tumpang sekaki...siap menjadi imam lagi....tak sia sia rakyat kelantan pilih beliau menjadi MB....
jadi konsert apakah ini? begitu ramai hadirin...siap dengan MB datang...semua pakai kopiah putih...bukan songkok tinggi 5kaki....ada solat...solat sunat....

seribu persoalan.......








adakah ini konsert? pesta? konsert amal? mungkin ya mungkin tidak... sipakah artisnya? ziana zain? tapi langsung tidak kelihatan kelibat beliau.... jadi ziana zain tidak ada kena mengena dengan konsert ini....langsung tidak terlibat....

mungkinkah ini.........








ye...betul...ini bukan konsert amal..bukan pesta...tap ini Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV...Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exco kerajaan negeri serta Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas (28/01/2010)








Royalti Terengganu apa cerita?


Robot yang pandai berwudhu

Najib Lancar Alat Berwudhu Automatik Pertama Dunia


sekadar gambar hiasan-tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah tiada

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi melancarkan alat berwudhu automatik pertama dan satu-satunya alat di dunia, ciptaan rakyat Malaysia yang inovatif untuk kegunaan umat Islam global.

Pada majlis itu, Najib menandatangani sebuah plak melambangkan pelancaran peranti itu di sebuah hotel di sini.

Perdana Menteri kemudiannya melihat demonstrasi penggunaan alat yang dicipta oleh juruterbang dan jurutera penerbangan, Anthony Gomez yang kini merupakan seorang ahli perniagaan.

Gomez merekabentuk alat mengambil air sembahyang itu.

Sistem pengambilan wudhu itu direka bagi membolehkan seseorang individu berwudhu dalam posisi berdiri mengikut ajaran kitab suci Al-Quran.

Alat ini mempunyai sensor yang akan mengeluarkan sukatan air yang tepat, selain sistem elektronik canggih untuk pengeringan segera dan ia berupaya memperdengarkan bacaan doa yang dirakamkan untuk sebelum dan selepas mengambil wudhu.

Gomez berkata beliau mendapat idea untuk mencipta alat itu sewaktu mengembara menaiki feri di Jordan pada 2006.

"Apabila saya memasuki tandas di dalam feri itu saya melihat kira-kira 40 orang sedang mengambil wudhu di dalam sinki... saya kemudian memutuskan untuk mencari satu kaedah lebih baik dan mereka alat khas untuk umat Islam berwudhu," katanya.

Ia mengambil masa dua tahun untuk Anthony membangunkan alat itu dan membelanjakan lebih US$2.5 juta untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pembangunan prototaip.

Gomez, yang merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif AACE Technologies Sdn Bhd, syarikat yang mengeluarkan produk itu berkata sewaktu proses pengeringan ia berupaya mengurangkan kos penyelenggaraan dan dapat menghindar umat Islam daripada sakit akibat kesan lembapan dan jangkitan daripada permaidani dan kawasan sekeliling.

Katanya alat itu yang dianggarkan berharga RM10,000 setiap set dijangka berada di pasaran dalam tempoh enam bulan lagi dan syarikat itu yang beroperasi di Petaling Jaya telahpun menerima tempahan awal dari Arab Saudi dan Kuwait selain menerima banyak pertanyaan dari negara-negara Timur Tengah.

Alat itu, katanya mempunyai ciri-ciri mesra alam dan menjimatkan 1.3 liter air setiap kali berwudhu, bersih dan dapat mengatasi kesesakan di dalam bilik wudhu. -BERNAMA



macam mana ni...orang bukan Islam cipta alat wudhu....
tapi tak ape la....harap lepas ni makin ramai orang Islam yang solat....
mat mat rempit...minah rempit...di harap mereka akan tertarik...tertarik untuk solat.
hari pertama hingga ke lima pasti penuh orang ke surau/masjid...
sebab? nak cuba alat tu...tapi tak semua...yang nak solat pun ada...

jimat air? bagus...
tapi harga alat tu bukan main mahal lagi....
perlu ke kita beli alat yang mahal untuk jimat air?
tak ke membazir namanya tu....

mana yang lebih baik/jimat?
beli alat yang mahal atau ajar orang Islam cara berwudhu dengan betul dan jimat air....



Hari itu


hari ini tiada gambar...




ini gambar hiasan


tiada lagi pengembaraan....tiada lagi erti makan angin...yang ada hanyalah makan nasi...makan roti...dan makarani....selama beberapa minggu ini terpaksalah rumah yang tidak bertiang ini menjadi tempat persinggahanku sepenuh masa...meneruskan sisa sisa hidup...menyambung perjalanan yang masih jauh....dan perjuangan yang masih belum selesai...walaupun proses hibernasi ini terpaksa di tempuh...aku tetap terima..demi satu perubahan...untuk kebaikan bersama....

pesawat yang senantisa aku kendalikan terpaksa di hantar ke satu tempat rahsia....bagi mengatasi masalah dalaman yang di hadapi...enjin hilang?? oh tidak....bukan calang calang orang mampu mencuri enjin itu...tapi cukuplah budak budak sekolah tadika yang di persalahkan sekirannya perkara itu terjadi..sesi peng'upgrade'an itu terpaksa di jalankan...sedikit masa lagi aku bercadang untuk melakukan pembedahan pintasan kepada beliau...udara yang segar untuk jantung yang sihat....

paru paru sihat tanpa rokok - iklan ini tiada kena mengena dengan cerita di atas...

mungkin pintu kayu itu menjadi bosan...masakan tidak..sepanjang masa tidak pernah lekang dari memandang wajahku...dinding rumah seakan akan mahu berganjak pergi...mentol lampu itu tiba tiba padam..kipas syilang yang sedari tadi berputar...akhirnya berhenti...aku tidak mengerti apakah maksudnya....mungkin itu tanda mereka protes...atau dengan kata yang lebih lembut mereka begitu benci melihat aku...aku hanya memandang sepi kritikan itu...pada masa yang sama - kebosan yang melampau itu telah memaksa aku supaya tidor...tidor...dan tidor...aku hanya merelakannya...segan untuk menolak....

penderitaan yang aku alami ini mungkin akan berakhir...pasti....setelah tadi aku di tawarkan kerja...bukan kerja sebagai CEO...tapi cukup untuk menandingi gaji PM.(gaji PM sebulan gaji aku setahun)...aku tidak berbangga diri...dan aku tidak kisah apa kata mereka...asalkan kerja aku ini halal lagi berkat...kerja yang akan aku lakukan itu pasti akan melegakan pintu rumah dan kawan kawannya....aku mengerti dan memahami perasan mereka....aku tidak berkecil hati...sedikit pun tidak....tenagaku yang tersimpan lama terpaksa aku kerahkan...terik mentari pasti membakar kulitku yang putih gebu...tak mengapa....aku rela...rela demi sebuah pengalaman....



hari ini....esok dua tahun lepas - (hari terakhir aku bekerja).

Friday, January 29, 2010

Gula mengganas lagi

sejak dua menjak ni populari gula semakin menjadi jadi...mengalahkan ziana zain...masakan tidak..khutbah jumaat pun ligat bercerita pasal gula...kononnya harga gula naik sebab rakyat malaysia banyak makan gula...maka terjadilah bibit bibit penyakit kencing manis..betul ke?? aku pun tak tahu...aku mana la pandai pasal kajian perubatan ni...tapi ramai yang mengangguk masa khatib tu pulun bab gula...angguk faham barangkali..tapi yang aku tak faham masa baca doa pun ada yang mengangguk...memang aku tak faham...kurang gula kot...
yang keduanya harga gula mahal sebab nak tolong kerajaan...tolong kerajaan?? betul la tu...untuk kurangkan tanggungan sabsidi oleh kerajaan..tak silap aku la kerajaan bayar 80sen atas 1kg gula...(kesian betul kerajaan malaysia ni kan)...maknanya harga gula yang kita selalu beli tu dalam 2.50sen(harga tanpa sabsidi)..mahal jugak tu...tapi betul ke?? ada sape sape boleh buktikan...biarkan persoalan tu di situ...
yang ketiga pulak untuk memupuk semangat berjimat cermat...belanja berhemah di kalangan rakyat malaysia...memang tak di nafikan la...maklum la...rakyat malaysia ni kaya kaya...gaji tiap bulan juta juta - juta rupiah?...beli tu..beli ni...gula sekali beli 24 dozen...beras 8 kampit...susu 24 tin....kesimpulannya ada yang sokong harga gula naik..ada yang bangkang...tapi biasa la tu...ada yang cerdik..ada yang kurang cerdik....ada yang untung ada yang rugi....sape yang untung? sape yang rugi? kepada yang kurang cerdik tu cubalah menjadi lebih cerdik...
jadi untuk tidak menunjukkan kurang cerdik pasal gula, dengan suka citanya aku telah menyalin satu artikal pasal gula atau lebih tepat lagi pasal kencing manis...sape sape malas baca boleh la memaki hamun kepada tokey gula....selamat memaki....hahaha






PENYAKIT KENCING MANIS


Apa Dia Penyakit Kencing Manis


Penyakit ini telah lama diketahui manusia. Beribu-ribu penduduk di negara kita mengidap penyakit ini. Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa


Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.


Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.


Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?


Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis


Apakah rawatan untuk penyakit kencing manis ?


Sebelum tahun 1921, tiada ubat-ubat tertentu untuk merawat penyakit ini. Pada masa ini terdapat ubat-ubat untuk mengawal penyakit kencing manis dan ini memberi peluang kepada pengidap-pengidap penyakit ini untuk meneruskan kehidupan yang biasa. Rawatan untuk penyakit kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan.


Makanan yang anda makan memainkan peranan yang penting dalam kawalan penyakit kencing manis. Adakalanya, kes-kes yang tidak teruk, dapat diakwal melalui jagaan makanan sahaja.


Ubat


Selain daripada kawalan pemakanan, kebanyakan pesakit memerlukan ubat untuk mengawal penyakit mereka. Ubat-ubat ini terdiri daripada suntikan insulin.Insulin boleh diberi melalui suntikan sahaja kerana ia akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan


Pil


Ubat-ubat ini membantu badan menggunakan gula dengan sempurna dan dengan itu dapat mengawal penyakit ini.


Ada pula pesakit-pesakit yang memerlukan suntukan insulin sementara pesakit-pesakit lain pula boleh mengawal penyakit mereka dengan memakan pil. Doktor anda, setelah menjalankan pemeriksaan terhadapa anda, akan menentukan samaada anda memerlukan suntikan insulin atau pil dalam rawatan anda. Kes penyakit kencing manis anda mungkin tidak sempurna dengan kes orang lain dan oleh itu rawatan yang ditentukan oleh doktor anda mungkin tidak serupa dengan rawatan untukpesakit lain. Doktor akan menentukan rawatan mengikkut keadaan penyakit seseorang.


Rawatan awal adalah penting.


Menyembuhkan tanda-tanda dan gejala kencing manis


Menggelakkan atau mengurangkan akibat-akibat buruk yang berlaku jikalau penyakit ini melarat


Membolehkan pesakit hidup dalam kehidupan biasa dan bahagia


Ubat


Patuhilah nasihat doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda perlu ambil


Jangan berhenti mengambil ubat kerana anda merasa sihat dan berfikir bahawa ubat itu tidak perlu lagi. Berhenti mengambil ubat tanpa nasihat daripada doktor anda adalah sangat merbahaya kerana ini boleh mengakibatkan penyakit anda melarat disebabkan tidak dikawal dengan sempurna


Jangan lupa untuk pergi ke hospital atau klinik pada masa yang ditetapkan untuk pemeriksaan doktor


Pemeriksaan dari masa ke semasa termasuk ujian air kencing dan darah adalah sangat penting dalam rawatan dan kawalan kencing manis


Makanan


Seperti yang disebutkan tadi, kawalan makanan sangat penting dalam rawatan penyakit kencing manis


Patuhilah nasihat doktor anda mengenai makanan


Makanan harian yang anda patut makan bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan oleh anda dan keadaan penyakit anda. Adalah mustahak bahawa makanan harian mestilah seimbang iaitu, mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan oleh badan anda untuk kesihatan dan juga memberi tenaga untuk menjalankan tugas harian


Panduan makanan


Makanan yang patut dielakkan


Gula


Gula melaka


Coklat


Jem


Madu


Sirap


Aiskrim


Biskut-biskut yang manis


Susu pekat


Minuman ringan


Gula-gula jeli


Makanan yang patut dikurangkan


Nasi


Roti


Ubi kentang


Ubi keledek


Ubi kayu


Jus


Kelapa


Daging kambing


Buah-buahan jeruk


Bahan-bahan tenusu


Makanan yang boleh dimakan dengan bebas


Serbuk lada


Rempah-rempah


Serbuk kari


Cecair – air,tea, kopi,jus tomato dan limau, sup cair


Sayur-sayuran – kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi,cendawan, bayam,tomato,bunga kobis, kacang bendi,terung, ketola.


Penjagaan berat badan


Penyakit kencing manis berlaku dengan lebih kerap di kalangan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Didapati bahawa tindakan insulin berkesan dalam orang yang gemuk


Amatlah penting bagi pengidap kencing manis untuk sentiasa ,menjaga berat badan. Kalau berat badan turun, badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna dan dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun


Kalau anda gemuk


Kurangkan makanan !


Terutama makanan yang terlalu banyak karbohidrat dan lemak


Bersenamlah selalu


Senaman


Cuba melakukan senaman setiap hari seperti berjalan dan berkebun


Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Pengaliran darah juga bertambah baik


Perkara untuk diawasi : kalau anda kurang aktif dan sudah lama tidak bersenam, dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan apa-apa senaman


Mengelakkan jangkitan


Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, anda perlu menjaga diri sendiri melalui langkah-langkah tersebut :


Selalu menjaga kebersihan diri


Tiap-tiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air, keringkan kaki dan sapukan bedak


Mandilah selalu


Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan


Jaga kebersihan gigi


Menjauhkan diri dari kecederaan


Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar


Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki


Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada


Berhati-hati semasa bercukur


Penjagaan kaki


Kalau peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda


Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama


Jangan pakai kasut yang ketat


Sentiasa urutkan kaki anda


Tiap-tiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit


Apakah bahaya kalau penyakit kencing manis tidak dirawat atau dikawal dengan baik.


Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-


Buta


Kerosakan buah pinggang


Sakit jantung dan penyakit lumpuh


Darah tinggi


Penyakit saraf


Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari


Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki


Tidak sedarkan diri


Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut


Anda boleh mengelakkan akibat-akibat buruk ini kalau anda menjaga diri anda dengan baik


Mengidap penyakit kencing manis tidak bermakna anda hidup seperti dipenjarakan


Kalau anda ikut langkah-langkah dalam rawatan dan kawalan penyakit ini, anda boleh menikmati kehidupan yang penuh dan bahagia


Kawal penyakti kencing manis untuk menikmati kehidupan yang bahagia dan sihat




jangan sampai kaki kena potong baru nak baca....

Thursday, January 28, 2010

Transformasi

ini gambar bas transnasional....



NAJIB LANCAR PELAN HALA TUJU TRANSFORMASI KERAJAAN – berita hairan

Najib Razak, hari ini melancarkan kerangka penting dalam usaha mentransformasikan kerajaan bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan dasar pentadbiran beliau iaitu "satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) itu adalah langkah penting dalam perjalanan negara untuk mencapai aspirasi Wawasan 2020 bagi mencapai status negara maju.










mungkin transformasi ini yang di maksudkan...

PERGERAKAN GUNUNG-GANANG

Al-Qur'an telah menjelaskan fungsi geologi gunung-gunung yang sangat penting.

Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk. (Surah al-Anbiya; 31)

Seperti yang telah kita lihat, dalam ayat di atas bahawa gunung-gunung mempunyai fungsi untuk mengelakkan gegaran pada bumi.

Fakta ini tidak diketahui oleh sesiapapun ketika Al-Qur'an diturunkan. Ianya menjadi satu fakta yang hanya diketahui hari ini selepas penemuan dalam bidang geologi moden.

Berdasarkan kepada penemuan ini, gunung ganang telah timbul sebagai hasil pergerakan dan perlanggaran lapisan besar yang membentuk kerak bumi, apabila dua lapisan bertembung, rempuhan lapisan yang kuat akan tergelongsor di bawah lapisan yang satu lagi yang terangkat ke atas, yang mana seterusnya melengkung dan membentuk kawasan tinggi dan gunung-ganang. Lapisan bawah itu akan terus ke dasar bumi dan membentuk ketegangan di bahagian bawah. Ini bermakna pergunungan mempunyai bahagian yang memanjang ke bawah, sama besar dengan bahagian atasnya yang menonjol keluar ke atas permukaan bumi.

Dalam sebuah teks saintifik, struktur gunung-ganang diterangkan seperti berikut.

Di kawasan benua lebih tebal, di perbanjaran gunung,

kerak lebih jauh ke dasar mantel.

Di dalam Al-Qur'an peranan gunung ganang itu dibandingan dengan 'pasak'.

Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pasak?. (Surah an-Naba; 6-7)

Gunung ganang dalam erti kata lain, mengenggam lapisan pada kerak bumi bersama-sama melalui satu 'pancang' yang memanjang dari atas kebawah permukaan bumi sekaligus menghubungkan semua lapisan-lapisan di dalam bumi ini. Melalui cara ini, ianya menetapkan kedudukan kerak bumi dan menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung bersama-sama dengan lapisan lain. Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama.

Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusateraan saintifik dengan istilah "isostasy".Definisi isostasy;

Keseimbangan umum kerak bumi yang dikekalkan oleh satu kandungan material batu-batan di bawah permukaan di bawah tekanan graviti. Peranan penting gunung-ganang ini adalah penemuan hasil kajian dalam bidang geologi moden dan kajian gempa bumi, sebenarnya telah dijelaskan dalam Al-Qur'an berabad lalu sebagai lambang kebijaksanaan Tuhan. Dalam ayat lain Al-Qur'an menyebut;

dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu… (Surah Luqman;10)






Dalam sebaris ayat, kita telah dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan.

Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan.(Surah an-Naml;88).

Pergerakan gunung-ganang ini adalah disebabkan oleh gerakan dalam kerak bumi di mana ia terletak. Kerak bumi 'terapung' di atas lapisan mantel, yang lebih padat. Pada awal kurun ke 20, pertama kali dalam sejarah apabila seorang saintis jerman bermana Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang berbeza-beza, dan akhirnya terpisah ketika bergerak menjauhi antara satu sama lain.

Pakar geologi baru hari ini menyedari bahawa Wegener sebenarnya adalah benar ketika mengemukakan fakta ini pada tahun 1980 an, 50 tahun selepas kematiannya. Seperti yang dinyatakan oleh Wegener dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1915, daratan bumi terbentuk dalam satu gugusan daratan 500 juta tahun lalu, dan daratan besar ini yang dipanggil Pangaea, terletak di kutub selatan.

Melalui anggaran, 80 juta tahun lalu, Pangaea terbahagi kepada dua bahagian yang hanyut dalam arah yang berbeza. Satu dari benua gergasi ini ialah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Bahagian yang satu lagi dipanggil Laurasia yang meliputi Eropah, Amerika utara dan Asia kecuali India. Lebih dari 150 juta tahun selepas pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia berpecah kepada bahagian yang lebih kecil.

Semua benua ini yang timbul selepas penghayutan dataran Pangaea, bergerak secara konstan di permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun, pada masa yang sama menyebabkan perubahan keseimbangan laut dan darat di bumi.

Ditemui sebagai satu hasil kajian geologikal yang dijalankan pada awal abad ke 20, pergerakan kerak bumi ini dijelaskan oleh saintis sebagai berikut;

Kerak dan bahagian atas mantel, dengan ketebalan hampir 100 kilometer, terbahagi kepada beberapa segmen dipanggil daratan. Terdapat enam daratan besar dan beberapa daratan kecil. Berdasarkan kepada teori dipangil 'tektonik daratan', daratan ini bergerak berpusing permukaan bumi, dengan membawa benua-benua dan lantai lautan bersamanya….pergerakan benua telah disukat pada kadar 1-5 sentimeter per tahun. Pergerakan daratan yang berterusan ini akan mengubah sedikit demi sedikit kedudukan geografi dunia. Setiap tahun, sebagai contoh, lautan Atlantik menjadi sedikit lebih luas.

Di sana harus dinyatakan beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai satu gerakan 'penghanyutan' dalam ayat tersebut. Hari ini, saintis moden juga menggunakan istilah "hanyutan benua' untuk fenomena ini.

Suatu yang tidak diragui ialah satu dari keajaiban Al-Qur'an ialah fakta saintifik ini yang baru diketahui baru-baru ini melalui bidang sains, telah pun dikhabarkan dalam Al-Qur'an.






http://www.harunyahya.com/


Itu bahagia













bahagia.......hanya dengan perkataan ini cukup untuk menerangkan semuanya....bahagia...ibarat sesuatu yang amat berharga...ramai yang mencari..mengejar...tapi sedikit sahaja bilangannya yang berjaya....mereka ibarat pemburu...bahagia itu rusa putih...satu dalam beribu...

bahagia itu bukan rusa putih.



apa itu bahagia..aku masih tercari cari.. bagaimanakah layaknya aku bercakap mengenai bahagia...sedangkan aku tidak pernah bersua dengannya...di mana bahagaia itu...bagaimanakah bentuknya....bagaimana rupanya...tidak hairanlah ada yang gila bila memikirkannya....dan tidak terkejut jika ada yang mengatakan aku semakin gila...

sesuatu yang ada tak semestinya nampak di mata.




bahagia tidak kenal tempat..tidak kenal situasi...tidak kenal usia...tidak kenal pemilik..tidak kenal harta...siapa sahaja mampu menikmatinya...aku? dia? mereka? tak terkecuali... bahagia bukan sebab wang ringgit...bahagia bukan kerana kaya....bahagia mampu hinggap di hati si miskin...bahagia juga ada bersama sang kaya...mereka bahagia hanya dengan rumah buruk...mereka bahagia dengan kereta buruk....mereka bahagia dengan sesuap nasi...mereka bahagia dengan kereta mewah...rumah banglo...makanan lazat....jadi apakah bezanya? bahagia bercinta...tapi ramai yang kecundang...bahagia memiliki sesuatu...bahagia berkeluarga....tapi hanya sementara...bahagia itu banyak yang sekejap - bahagia itu seperti biskut cipsmore...





hari ini bahagia...esok sengsara..tadi bahagia...sekarang derita - bahagia juga seperti binatang liar..terlalu liar...jika kita tidak menambatnya pasti ia akan pergi begitu sahaja...siapa yang bencikan bahagia? siapa yang tidak inginkan bahagia...mereka yang berfikiran waras pasti inginkannya - tapi bukan hospital bahagia yang di cari...walhal bahagia hanyalah satu rasa...perasaan yang indah..terlalu kecil berbanding dengan gunung ganang...apatah lagi nak di bandingkan dengan bulan bintang dan mantahari...terlalu kecil...tapi kita tetap bermati matian berebut rebut untuk memilikinya...kerana bahagia itu besar maknanya....sekiranya bahagia ini ada di jual di supermaket...pasti hari ke tiga jualan tiada lagi stok bahagia di rak rak dan di stor yang tersisa - habis di jual...



di lain hari kita merasakan dunia ini telah hilang erti bahagia....hidup penuh dengan air mata....tapi mereka yang melihat mempunyai pandangan yang begitu berbeza...malahan ada yang berkata..oh bahagianya dia....indahnya hidup dia disana...sedangkan kita masih lagi mencari cari formula untuk bahagia...apakah maknaya? adakah dia sengaja cari pasal...atau dia lagi merana daripada kita? persoalan ini hanya dia yang mampu menjawabnya....lain lembu lain warnanya...lain orang lain rasanya....jadi di sini kita harus berfikiran positif....bukankah bersangka baik itu perlu...mungkin kita sudah berada di alam bahagia...cuma kita kurang sedar atau tidak langsung menghargainya....bila susah baru kita tersentak dari katil empuk...buka mata seluasnya.....pandanglah mereka yang di bawah...yang menderita...sengsara lebih hebat dari kita... bahagia bukannya bila kita mendapat wang berjuta juta...tidak perlu menunggu durian runtuh ke riba...tidak perlu menanti ferrari merah parking di garaj buruk kita...tidak perlu....bahagia itu masih bersama kita...di saat kita susah...senang....bahagia tetap ada....cuma kita tidak menyedari kewujudannya...hargai diri sendiri....dan cuba hargai mereka yang berada di sekeliling kita....berdoalah pada yang memiliki segala kebahagiaan....maka berbahagialah kepada mereka yang bertakwa - takutkan Allah..

Ya Allah ya tuhan kami...jadikanlah kami hamba yang bertakwa kepadaMu...dan berikanlah kebahagiaan kepada kami hidup di dunia dan akhirat...



Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."