ahlan wa sahlan

perhatian

blog ini masih lagi dalam proses baik pulih.
maaf atas segala kesulitan.
harpa maklum.

Friday, January 15, 2010

Hijau alam


petang yang santai..di pecah kebuntuan..kakakku menganggu..mata yang sedari tadi leka mengadap laptop terpaksa di alihkan.. senyum manisnya terlukis..senyum sinisku menyapa..ahh petang ni aku kena ronda ronda lagi..katanya anaknya busan..terperap di sangkar sepi..apakan daya..menolak mati mood..di terima mati akal..mahu tak mahu aku setuju..tangan hingga kaki di basuh..menuju ke tikar sembahyang..4 rakaat memadai..ku kenakan t shirt pagoda putih melepak..ku capai kunci 5 ringgit.. mendukung cahaya matanya..menuju ke van kesayangan..kemana saja ia masih setia..kunci kuasa ku masukkan..

akhirnya..keberangkatan pergi..menuju ke destinasi yang masih tak pasti..katanya ke mana saja..ke darat atau ke udara..aku menekan minyak sekuat mungkin..melepaskan kecamuk di hati..tapi stakat 60km/j..bersamaku adik perempuan yang semakin dewasa..kakakku bersama cahaya matanya..senyum terlukis lagi di bibirnya..mungkin tanda kemenangan..aku terdiam seribu bahasa..sesekali terhibur dengan telatah cahaya matanya..adeeb..stereng ku pusing kekiri dan kekanan..mencari tujuan..jalan raya hari ini begitu sesak..ahh bertambah kedut di dahiku..simpang ke pantai teluk ketapang sibuk..jem..berduyun duyun motorkar ke sana kemari..

tiba giliranku..teruskan saja...lepas dari kesibukan desa..melalui denai jalan raya..menghala ke jalan stadium runtuh..semakin runtuh dengan akhlak remaja..mat rempit berkeliaran..mempamirkan aksi..pelbagai jenis..ada motor bertayar dua..bertayar satu pun ada!..hebat..kereta berkaki empat tersadai di tepi jalan..memenuhi muka jalan raya..sesak lagi..mata mata mereka tertumpu ke tengah litar..drift kereta baru setahun dua bertapak di sini..tapi aksi boleh di banggakan..

perjalanan harus di teruskan..gear jentera vannet di tukar lagi..memecut laju..angin sepoi sepoi bahasa..tiba tiba terlintaslah di fikirkan seseorang..kakakku mencadangkan satu idea..katanya"ape kata pergi ke tempat hari tu?"..aku menggaguk..tanda setuju..lagi pun adikku belum pernah ke sana lagi..perjalanan ketempat tersembunyi..sebetunya ini kali kedua aku kesana..ke tempat yang damai..penuh kehijauaan..tenang..aku sendiri terpegun..masakan di tengah 'bandaraya' ni masih lagi tersembunyi tempat seperti ini..sepanjang kehidupanku..belum pernah aku menemui lokasi rahsia ini..sedangkan dulu..aku merasakan tiada tempat di daerah ini belum ku jejakkan kaki..akulah raja masa kecil dahulu..tapi itu masa dulu..masa yang dah lama berlalu..tak mungkin kembali..

melalui jalan yang sempit itu..ku rasakan senang..tiada jeritan kenderaan..tiada lagi ragam penunggang profesional.. semua hilang.. yang ada hanyalah keajaiban.. walaupun permulaannya di sambut dengan haruman lembu.. yang lebih tepat lagi bau najis lembu.. tapi ianya berbaloi... mengingatkan aku tentang kampung halaman.. rindu.. rindu pada yang ada.. juga pada yang telah pergi..rindu pada hijau daun..rindu pada tenagnya air yang mengalir.. semuanya tentang di sana.. kadangkala pengembaraanku terhenti.. menatap indah ciptaan ilahi..tak terkata.. walaupun di sini bukan yang terindah.. tapi cukup bagiku.. bagi kami...



























lensa kamera cabuk ni tak mampu nak tangkap pemandangan indah keseluruhannya..tapi aku masih berpuas hati..gambar tak mampu menceritakan segalanya....


No comments:

Post a Comment

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."