ahlan wa sahlan

perhatian

blog ini masih lagi dalam proses baik pulih.
maaf atas segala kesulitan.
harpa maklum.

Friday, January 8, 2010

Stadiumku

























GAGAL PATUHI SPESIFIKASI PUNCA STADIUM RUNTUH - malaysiakini

Bahan dan kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi spesifikasi dikenal pasti antara punca utama struktur bumbung kerangka Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, runtuh Jun tahun lepas.

Menurut laporan jawatankuasa siasatan kejadian itu, faktor reka bentuk yang tidak memadai, bumbung yang tidak dibina dengan sempurna dan kawalan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek turut menyumbang kepada kejadian tersebut.

Menteri Kerja Raya Shaziman Abu Mansor yang mendedahkan laporan jawatankuasa siasatan itu hari ini berkata, siasatan juga mendapati pengawasan yang agak kurang ketika kerja-kerja pembinaan selain dilakukan secara tergesa-gesa turut menjejaskan kualiti stadium berkenaan.


pelik jugak...

takkan masa buat dulu tak ada orang yang check stadium ni....


kalau reka bentuk tak ok kenape stadium ni di luluskan jugak...

kalau bumbung tak sempurna kenape tak ada orang pantau...


kalau kawalan kualiti tak di laksana kenape stadium ni boleh siap jugak...

mana pihak berwajib masa tu??

mana pihak pemantau masa tu??

sape yang luluskan projek ni??


takkan bila dah runtuh baru tahu banyak kekurangan....

macam mane duit juta2 yang dah hangus tu??


sape nk tanggugjawab??



stadiumku..
megahmu tak lama...
indahmu sementara...
akhirnya musnah jua...





No comments:

Post a Comment

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."