ahlan wa sahlan

perhatian

blog ini masih lagi dalam proses baik pulih.
maaf atas segala kesulitan.
harpa maklum.

Friday, January 8, 2010

Yaasiin






Yaasiin.....
Apakah maksud
Yaasiin??

Seorang ulamak bernama Ibnu Jabir mengatakan bahawa menurut Ibnu Abbas (Ibnu Abbas seorang sahabat Nabi dan juga seorang periwayat hadis) - katanya, kalimat ini adalah salah satu dari nama Allah. Sahabat yang lain bernama Qatadah mengatakan ia adalah salah satu nama al-Quran. Manakala Sa'id bin Jubair dan beberapa ulama lagi mengatakan Yaasiin adalah satu daripada nama Nabi Muhammad SAW; seperti juga Toha, Mustoffa, Muzammil, Ahmad, dan juga Abdullah, adalah nama-nama Nabi Muhammad SAW.

Ada juga pentafsir berpendapat
Yaasiin adalah singkatan daripada 'Ya insan', yang bermaksud 'Wahai manusia'. Abu Bakar al-Warraq mengatakan Yaasiin beerti 'Hai penghulu segala manusia' - maksudnya Nabi Muhammad SAW. Bukti bahawa Yaasiin bermakna 'wahai Muhammad' ialah ayat ke-3 surah ini yang merujuk terus kepada Muhammad, iaitu

maksud ayat ke-3;

'bahawasanya kamu adalah dari golongan mursalin, iaitu rasul-rasul'

kamu di sini maksudnya ialah Nabi Muhammad SAW



No comments:

Post a Comment

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."