ahlan wa sahlan

perhatian

blog ini masih lagi dalam proses baik pulih.
maaf atas segala kesulitan.
harpa maklum.

Thursday, January 7, 2010

Peribahasa

budak2 zaman sekarang ni mungkin dah kurang tahu tentang peribahasa. biasanya orang tua2 yang selalu guna peribahasa...betul ke? ok kita selalu sebut pasal peribahasa. tapi apakah maksud peribahasa..?
karam sing walia tahu takkan kita tak tahu...

apa tu peribahasa?? peribahasa merupakan ungkapan2 ringkas yang mengandungi perumpamaan, kiasan, bidalan, atau perbandingan untuk menyampaikan suatu maksud tertentu.

contoh; ada gula, ada semut.
maksud; di tempat yang mudah mencari rezeki, di situlah ramai orang tertumpu.

pada musim kemarau yang panjang, semut hitam telah kehabisan bekalan makanan. semut pekerja pun pergi mengadap permaisurinya dan mengadul akan hal tersebut. permaisuri semut hitam tanpa berfikir panjang telah membuat satu keputusan yang drastik bagi mengatasi masalah itu.

beliau telah mengarahkan kepada semua anak buahnya supaya berhijrah ke kilang gula untuk mencari makanan. akhirnya semut2 tersebut dapat hidup dengan aman dan damai di sana. mereka juga telah pandai melakukan urus niaga mengeksport gula. tetapi malangnya ramai pekerja semut terpaksa memotong kaki kerana menghidap penyakit kencing manis.

lama kelamaan, aktiviti semut mengeksport dan menyeludup gula di kesan oleh pengurus kilang gula terbabit. tanpa berfikir panjang pengurus kilang tersebut telah melancarkan perang saraf terhadap kumpulan semut terbabit. beliau telah melancarkan serangan racun serangga yang berbahya kepada koloni semut yang tidak bersalah itu. akhirnya semua semut terbabit telah meninggal dunia. pengurus kilang itu semp
at lagi mengucapkan kata2 terakhir sebelum beredar.. "di situ ada gula, di situ la ada semut.. nasib tak lingkup bisnes aku... beliau pun berlalu pergi dengan penuh selamba...
(mungkin tokey gula ni la yang naikkan harga gula baru2 ni.hehe)






semoga peribahasa kita tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas....

No comments:

Post a Comment

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."