ahlan wa sahlan

perhatian

blog ini masih lagi dalam proses baik pulih.
maaf atas segala kesulitan.
harpa maklum.

Wednesday, January 13, 2010

Menara atas awan



Rabu, 13 Januari 2010:DUBAI membuka secara rasmi mercu tandanya, Burj Khalifa, sebagai bangunan tertinggi di dunia dengan iringan pertunjukan bunga api dan laser, Isnin lalu.

Setinggi hampir satu kilometer (828 meter), bangunan itu pada asalnya digelar Burj Dubai (Menara Dubai) sebelum ditukar pada majlis perasmian menjadi Burj Khalifa sebagai menghargai pemerintah Abu Dhabi merangkap Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed al-Nahyan, yang menghulurkan bantuan kewangan untuk menyelamatkan ekonomi Dubai.


Bangunan ‘bandar raya tegak’ itu disiapkan selepas RM5.1 bilion dibelanjakan untuknya, menyediakan ruang apartmen mewah, pejabat dan hotel yang direka cipta Giorgio Armani.


Selain mencatat rekod sebagai bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa juga memiliki keistimewaan lain, termasuk menyediakan masjid (di tingkat 158) dan kolam renang (di tingkat 76) tertinggi di dunia.


Bagi pihak yang menyokong pembinaan Burj Khalifa, mereka mahu menjadikan binaan itu sebagai monumen terhadap semangat Dubai Boleh yang mampu mengatasi apa saja halangan.






mercu tanda dunia akhir zaman.

No comments:

Post a Comment

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."