ini baru betul gambar gula....
Harga gula tidak akan naik lagi
2010/01/19SUBANG JAYA: Harga gula tidak akan dinaikkan menjelang perayaan Tahun Baru Cina, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.
"Kita juga nasihatkan jangan buat spekulasi sebab bila spekulasi banyak dibuat akhirnya lebih banyak gula akan disorok dan itu memberi kesan kepada pengguna," katanya kepada pemberita selepas mengedarkan risalah kepenggunaan sempena Kempen Kurangkan Gula di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan.
Pada 1 Januari lalu, harga gula dinaikkan 20 sen menjadi RM1.65 sekilogram di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.
Ismail Sabri berkata pengguna seharusnya tidak perlu merungut dengan kenaikan harga gula kerana rakyat perlu mengubah cara hidup dengan mengurangkan pengambilan gula sekaligus mengurangkan subsidi gula yang perlu ditanggung oleh kerajaan. - Bernama
mengubah cara hidup dengan mengurangkan gula....
apakah maksudnya??
buat air teh O kurangkan/tanpa gula?
buat kuih akok kurangkan/tanpa gula?
hilanglah kuih melayu tradisional 2,3tahun lagi...
apa kata buat kempin TAK NAK GULA...lagi cun....
No comments:
Post a Comment